in

“Tiba2 pulak dia nak escort” – Pemandu Kereta Selfish! Menyelit Depan Jentera Bomba Lepas Dengar Bunyi Siren

Fi Bomba Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap yang prihatin dan berbudi bahasa terhadap satu sama lain.


Namun bila di jalan raya, banyak pula ragam yang boleh kita lihat. Ada yang memang patuh pada undang-undang, dan ada yang sesetengah tu susah nak dijelaskan.

Lebih kurang dengan kisah yang nak dikongsi kali ini yang dipercayai berlaku di Johor, tentang sikap pengguna jalan raya yang pentingkan diri serta menghalang anggota bomba yang tengah bergegas nak menuju ke sebuah lokasi.

Dia pula yang nak escort 

Semalam, satu video telah tular di aplikasi TikTok menunjukkan seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab menghalang jentera bomba untuk bergerak sejurus siren dibunyikan. Video ini mendapat perhatian ramai dan meraih lebih 2 juta tontonan.

Namun apa yang nampak mengarut adalah, seolah-olah pemandu tu pula yang nak escort jentera bomba tu. Siap boleh angkat tangan lagi suruh kereta lain untuk berhenti.

Pelik-pelik je perangai.

@wawan0405

Tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasaan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini❤️ TERIMA KASIH ?‍??

♬ bunyi asal – Mohd Ridzwan Shah – Mohd Ridzwan Shah

Dapat kita lihat, anggota bomba terus menekan hon berulang kali kepada pemandu tersebut supaya dia beralih memberi laluan. Tapi dengan sikap degilnya dia tidak mengendahkan dan buat macam tak ada apa yang jadi.

 

“Dia pulak menyebok nak lalu”

Menjengah ke ruangan komen, dapat diihat pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dengan apa yang terjadi. Ramai yang geram sampai ada yang berimaginasi supaya depan lori bomba ni ada penyodok besar dan sodok je kereta tu ketepi.

Uihhh bawak bersabar.. Tachod bila baca

Reak Bomba 1 Edit

Reak Bomba 2 Edit

Reak Bomba 3 Edit

Reak Bomba 4 Edit

 

Korang yang lain jangan ikut perangai macam tu pula, jadi pengguna jalan raya bertanggungjawab okay!

 

Baca : [Video] Lelaki Cuba Bunuh Diri Sebab Dikecewakan Oleh GF, Batal Hasrat Lepas Dipujuk Abang Bomba

Foot Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.