in

“Kira duit syiling nak bayar compound” – Dua Sahabat Kongsi Kisah Kena Saman, Langgar SOP Masa Keluar Buat Assignment

Kompuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, korang kenalah hati-hati supaya tidak menjadi antara individu yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa kerana melanggar SOP.

Hal ini kerana, dua orang sahabat ini tak pasal-pasal kena korek tabung demi membayar kompaun yang dikenakan polis gara-gara melanggar SOP. Hadoi kesian. 


Menurut mStar, kisah dua orang pelajar bernama Natasha Zulaika dan Nur Sabrina yang berusia 21 tahun ini viral apabila mereka berkongsi pengalaman mereka di TikTok.

Menerusi video itu, Natasha dan sahabatnya dilihat keluar bersama untuk menyiapkan tugasan universiti mereka. Pun begitu, mereka tiba-tiba ditahan polis dan terpaksa dibawa ke balai kerana didakwa telah melanggar SOP PKP.

@tacheju

Hello everyone tolong doakan kami esk ☹️ #langgarsop #assignmentcheck #student #covid9

♬ Never Forget You – Noisettes

Sebenarnya tujuan keluar memang nak buat assignment, memang tajuk assignment tu kena cerita tentang tempat menarik di Pulau Pinang, kemudian perlu ada gambar bersiar-siar, sebab tu perlu keluar. 

“Kami cuma nak rakam video untuk digunakan di bahagian introduction sahaja, gambar yang lain memang kami bercadang untuk cari gambar dekat internet. 

“Lepas tu alang-alang keluar kami singgah Watsons beli barangan keperluan sebab tak nak keluar banyak kali. Kemudian singgah drive thru KFC selepas Nur Sabrina siap tugasan,” kata Natasha.

Namun tak pula disangka-sangka, mereka kemudian ditahan sekumpulan polis yang meminta mereka terus ke balai.

“Kami tunggu dekat balai dari pukul 6 petang sampai Maghrib. Masa tu baru polis yang tahan tu balik ke balai, kemudian dia call inspektor dan kami semua dikenakan kompaun RM2,000 seorang. 

“Kami cuba beri penjelasan pada polis tu tapi dia cakap tak boleh, inspektor dah bagi arahan semua kena kompaun,” katanya.

Kompaun Langgar Sop Tiktok

 

“Satu kereta boleh naik dua orang, tapi tak boleh berlainan alamat” 

Bila ditanya apakah kesalahan mereka berdua sehingga dikompaun polis, Natasha mendakwa alasan yang diberikan pihak berkuasa adalah kerana kedua-duanya menaiki kereta yang sama namun mempunyai alamat yang berbeza.

“Satu kereta boleh naik dua orang, tapi kami tak tahu pula dua orang dalam kereta tu tak boleh berlainan alamat… sebab tu masa nampak polis kami OK je ‘serah diri’,” katanya lagi.

@tacheju

Reply to @cicomot if you guys tersalah faham dgn previous video, actually bukan nak salahkan polis cumaa headline tu baru kena dgn sounds 🤣🤣

♬ original sound – chacha – Chacha 🍡

Dalam pada itu, Natasha berkata disebabkan dia kehilangan pekerjaan disebabkan PKP dan rakannya yang bergelar student, mereka terpaksa ‘korek tabung’ untuk membayar kompaun yang dikenakan.

Rakannya juga dapat pengurangan bayaran kerana bergelar pelajar dan hanya kena bayar RM500.

Kira

Walau bagaimanapun, dia yang mempunyai tempoh hingga 26 Jun untuk membayar ini sedang gigih mencari side income kerana hanya mempunyai RM200 dalam simpanan yang dikumpulnya sejak tahun lepas.

Harap sempatlah kumpul duit untuk bayar kompaun tu. Kesian pulak. Apa-apapun yang sebaiknya duduk di rumah dan jaga SOP.  

Baca: “Tak ada satu pun gambar saya langgar SOP” – Caprice Tak Puas Hati Dikompaun Angkara Seorang ‘Influencer’ Buat Masalah

Caprice

Sumber: mStar
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.