in

“Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita Didakwa Mangsa Rogol Pendakwah Terkenal Respon Pasal Isteri Keguguran

Ft Mangsa Rogol Pendakwah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok menjadi tumpuan netizen sehingga meraih 2 juta jumlah tontonan dalam masa 22 jam. Ia menjadi perhatian netizen kerana kenyataannya berhubung dengan isu isteri seorang pendakwah terkenal yang mengalami keguguran baru-baru ini.

Ramalan netizen kuat menyangkakan kenyataan itu ditujukan kepada pendakwah itu apabila melihat ‘hasil pencarian’ yang muncul di perkongsian tersebut.


Screenshot 2023 08 23 181124

Pendakwah yang dimaksudkan itu merupakan individu yang pernah terpalit dengan isu gangguan seksual sehingga dibawa ke muka pengadilan. Bagaimanapun, pendakwah itu terlepas daripada kes tersebut.

Oleh itu, pemilik video ini mendakwa dirinya adalah salah satu mangsa pendakwah tersebut. Jadi, dalam perkongsian ini, dia meletakkan petikan daripada polis berkenaan dengan penjelasan bahawa ada seorang wanita didakwa pernah dirogol.

Malah mangsa juga mengalami tekanan perasaan yang teruk akibat insiden tersebut dan ianya disahkan oleh pihak hospital.

Dalam video yang sama, pemilik video ini ada memberikan respon tentang keguguran isteri pendakwah itu.

“Sudah di syurga anakmu wahai si pelaku? Jangan kau sangka anakmu akan menarik tanganmu ke syurga kerana kau masih punya hutang denganku untuk aku tuntut di depan Allah Taala.”

https://www.tiktok.com/@chempakasuri97/video/7270102671447641352

Di ruangan kapsyen, wanita itu turut mendoakan agar keturunan pelaku itu akan merasakan kifarahnya. Jelasnya lagi, doanya tidak pernah putus setiap malam agar pelaku sentiasa ditimpa musibah selagi tidak memohon maaf kepadanya.

Hurm, kes itu pun dah tutup, tapi harap perkara ini dapat selesai terus.

Baca : “Tepat 19 Ramadan saya dilepaskan” –  Da’i Syed Bebas Tuduhan Rogol Wanita 4 Tahun Lepas

Dai Syed Dibebaskan Kes Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.