Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful semalam telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun, hampir empat tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Keputusan itu dibuat Hakim Rihaida Rafie selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Syed Shah Iqmal, 27, di akhir kes pendakwaan, lapor Astro AWANI.
https://www.instagram.com/p/CeOCk2CBAZA/?hl=en
“Harini tepat 19 Ramadhan, saya dilepaskan”
Susulan dibebaskan dari kes tersebut, Da’i Syed telah meluahkan rasa syukurnya di Instagram dan berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong dan mendoakannya.
Alhamdulillah ya الله
“Setelah 3 tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah & keluarga saya . Harini tepat 19 Ramadhan , saya dilepaskan & dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” katanya.
Bersama ucapan terima kasih itu, Da’i Syed telah kongsikan video dirinya sedang menangis bervideo call dengan ibunya ketika dalam tahanan. Menurut Da’i Syed, ia merupakan momen ‘titik terendah’ dalam hidupnya.
https://www.instagram.com/p/Cq2v26OyM9a/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai komen sokongan daripada rakan artis dan netizen yang terharu apa yang telah dilalui pendakwah bebas berkenaan.
Pada 10 Disember 2020 lepas, Da’i Syed yang juga suami kepada pengacara, Hana Ismail ini telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah kondominiun di I-City, Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 1.35 pagi pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April tahun lalu.
Baca: Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat