in

Kes T*kam Ibu OKU Celah Papan: Polis Reman Suami & Anak Untuk Bantu Siasatan

Syaz Ft 2026 09 24T122058.256

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan berhubung kes pembunuhan tragis seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Cheh Hilir, Kati semalam kini memasuki fasa baharu apabila dua ahli keluarga mangsa telah ditahan polis.

Kedua-dua suspek yang berusia 17 dan 44 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Khamis bagi mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Perintah reman terhadap kedua-dua individu terbabit dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: “Sempat minta tolong suami” – Wanita OKU Maut Dit*kam Dari Celahan Papan Rumah, Polis Jumpa Pisau Di Kebun Sawit

Artikel berkaitan: Lelaki OKU Lagak Wanita Di Pejabat Agama Didakwa

Mahkamah membenarkan suspek berusia 44 tahun direman selama tujuh hari, manakala suspek berusia 17 tahun pula direman selama dua hari bermula Khamis.

Suspek berusia 44 tahun dilihat tiba di mahkamah kira-kira jam 8.33 pagi, diikuti suspek berusia 17 tahun yang dibawa menaiki van polis.

Didakwa akibat perselisihan faham, pisau turut dijumpai

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berdarah itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek. Pihak polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.