in

Kes Remaja Dirogol Dalam Lokap: 11 Anggota Polis Bakal Diturunkan Pangkat Atau Dibuang Kerja

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 11 pegawai kanan dan pegawai polis rendah akan dikenakan tindakan tatatertib selepas dua laporan polis dibuat melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun dirogol dalam lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak.



Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengatakan pihaknya telah pun menjalankan siasatan ke atas kecuaian dan salah laku pegawai polis yang terlibat dalam insiden tersebut.

51613432233 Zamri

Seramai 11 pegawai kanan dan pegawai rendah polis didapati gagal serta cuai menjalankan tugas akan diambil tindakan diturunkan pangkat atau dibuang kerja.”

Tambah Zamri, dua pegawai polis yang bertugas pada hari kejadian untuk memantau lokap telah pun ditahan kerja sejak 14 Januari lalu.

Mereka telah dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada 9 Februari lalu.”

Katanya lagi, dua laporan polis telah diterima mengenai kejadian ini. Laporan pertama dibuat oleh seorang anggota polis yang terlibat dalam insiden rogol ini dan kini sedang disisasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa yang mendakwa berlaku kecuaian daripada pihak polis telah disiasat di bawah Seksyen 166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 221 Akta sama.

B51E6177 29A4 42D9 A198 Eef1Dd3993Cb

Ekoran ini, dua kertas siasatan telah pun dibuka mengenai kejadian ini dan telah pun dirujuk kepada  Timbalan Pendakwa Raya.

Suspek, lelaki berusia 19 tahun pula telah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 12 Januari lalu.”

Untuk pengetahuan korang, pada 9 Januari lalu, seorang remaja berusia 16 tahun yang ditahan di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri telah dirogol oleh seorang tahanan lelaki.

 

Baca: Suspek Ada Kunci, Remaja 16 Tahun Di Miri Didakwa Dirogol Tahanan Lain Semasa Di Lokap

Screenshot 2021 02 16 At 1.32.12 Pm

Sumber: Suara Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.