in

Suspek Ada Kunci, Remaja 16 Tahun Di Miri Didakwa Dirogol Tahanan Lain Semasa Di Lokap

Remajamiri

Dua anggota polis di Sarawak telah digantung kerja berikutan dengan laporan yang dibuat oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun mendakwa telah dirogol oleh seorang tahanan lain semasa berada di lokap tahanan Balai Polis Pusat Miri.

Menurut Awani, kejadian itu berlaku pada 9 Januari lalu, gadis yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian online itu ditahan di dalam sel berasingan untuk membantu siasatan.

 

Suspek ada kunci lokap

Namun begitu, sekitar jam 4 pagi, lokap mangsa telah dibuka kerana suspek memiliki kunci. Dia telah dirogol di dalam tandas lokap.

Suspek yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Miri atas perbuatannya mengaku bersalah pada 12 Januari lalu.

138597394 4340938302589899 3767207419542461491 N

Semalam, mangsa dan bapanya, diiringi Senator Alan Ling sekali lagi telah membuat laporan polis sekali lagi kerana kecuaian pihak polis membenarkan kejadian tersebut berlaku.

“Kegagalan untuk mematuhi peraturan penguncian dan SOPnya atau dipintas seperti dalam kes ini, telah membiarkan penyalahgunaan dalam tahanan sehingga berlakunya jenayah di kalangan tahanan di dalam bangunan polis,  ia suatu penghinaan dan penganiayaan.”

137311699 4340915052592224 8575127452315111862 N

Katanya lagi, laporan yang dibuat untuk membuat siasatan polis terhadap mana-mana anggota yang berkemungkinan terlibat atau bersubahat, bukan hanya kecuaian, ini kerana semua kemungkinan dan motif mesti diperhatikan secara menyeluruh ( disiasat) dan tidak boleh dipandang remeh.

138596175 4340915095925553 4522976108993899736 N

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua kakitangan tersebut digantung tugas akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes itu dalam siasatan.

 

Baca : “Tiga kali polis tumbuk muka” -Video Viral Di Media Sosial, Penunggang Motor Tampil Buka Cerita?

Tumpuh

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook