in

Kes Pemandu Mabuk Lagi, Lelaki Maut Dirempuh Depan Anak Isteri

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan terpaksa melihat suami sendiri ajal di depan mata, angkara pemandu mabuk yang memandu dalam keadaan melulu dan membahayakan?


Lebih menyedihkan, ia turut disaksikan anak kecil yang masih memerlukan kehadiran sang bapa dalam hidupnya.

Semalam, satu lagi kehilangan nyawa berlaku di tangan individu yang ‘hilang sementara’ kewarasan akal fikirnya. Mangsa dikenali sebagai Safwan Sulian berusia 32 tahun.

Menurut perkongsian yang dimuat naik Syamil Sazili menerusi Facebooknya, kemalangan dikatakan berlaku berhampiran Masjid Alam Impian, Shah Alam pada kira-kira pukul 4 petang semalam.

Dalam lebih kurang jam 4 ptg, saya terdengar bunyi brek dan dentuman yang kuat berdekatan dengan kawasan…

Posted by Syamil Sazili on Sabtu, 26 September 2020

 

Kes terbaharu ini menjadi bualan hangat netizen, dan bukan hanya di Facebook — beberapa saksi lain turut berkongsi mengenai kejadian tersebut di laman Twitter.

Mabuk 1

Sementara itu, isteri mangsa Syahirah Ismail turut memuat naik kenyataannya di media sosial semalam bagi memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Assalamualaikum…Dengan berat hati ingin dimaklumkan kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan. Maaf sekiranya tidak…

Posted by Syahirah Ismail on Sabtu, 26 September 2020

 

Difahamkan, arwah baru saja menyambut hari lahirnya pada 20 September lalu dan perkara itu ada dikongsikan arwah sendiri di laman Facebooknya.

Another year..semoga bertambah umur seiring dgn bertambahnya iman..in Sha AllahThanks to wife Syahirah Ismail yg buat…

Posted by Safwan Sulian on Ahad, 20 September 2020

 

Salam takziah kami titipkan kepada keluarga arwah, semoga pemergian Allahyarham diberi keadilan sewajarnya.

Untuk rekod, ini merupakan kes terbaharu melibatkan pemandu mabuk yang berlaku dalam tempoh seminggu ini — selepas seorang pelajar Tingkatan Lima mati dirempuh dalam satu kejadian berasingan di ibu negara.

Pada Julai lalu, kerajaan mencadangkan bahawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 dikenakan terhadap pemandu mabuk.

Namun ada yang berpendapat hukuman lebih berat perlu dikenakan, memandangkan kes seperti itu tetap berulang umpama tiada kesudahannya.

 

Baca: Ubah Haluan Kereta Secara Tiba-tiba, Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Pelajar Berumur 17 Tahun!

Capture 71

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.