Malam tadi kita digemparkan dengan berita tragedi letupan sebuah gudang mercun di Beirut, Lubnan sehingga mendapat perhatian media di seluruh dunia.
Kejadian itu didakwa telah meragut 78 nyawa dan mencederakan lebih 4000 individu cedera. Malah, sehingga kini pelbagai update yang dikongsi di laman media sosial berkaitan insiden tersebut.
Terkini, menerusi perkongsian Facebook Datuk Seri Hishamuddin merangkap Menteri Luar Negeri Malaysia berkata melalui laporan awal dari Perwakilan Malaysia di Beirut, semua rakyat Malaysia di sana berada dalam keadaan yang selamat dan telah dinasihatkan supaya kekal berada di dalam rumah.
https://www.facebook.com/HishammuddinH2O/posts/10157869080624355
Pada masa yang sama, beliau juga turut mendoakan keselamatan penduduk di sana dan berhasrat untuk membantu Beirut semampu yang mungkin.