in

Kes Bunuh Kakitangan Ikram: Rakan Sekerja Ditahan Untuk Bantu Siasatan, Keadaan Kereta Mangsa Pula Jadi Tanda Tanya

Kematian Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penemuan mayat seorang wanita yang maut akibat dijerut, Nik Khatijah Nik Mud semalam di sebuah rumah sewa dekat Taman Bangi telah menimbulkan pelbagai persoalan di media sosial termasuklah pihak polis sendiri.


Menurut Harian Metro, susulan penemuan mayat mangsa yang juga Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, pihak polis telah menahan rakan sekerjanya yang berusia 57 tahun bagi membantu siasatan. 

156907360 3818887784844538 644188383908129183 N

Walau bagaimanapun pembabitan rakan sekerja mangsa dalam insiden tersebut tidak dijelaskan oleh sumber.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Beri ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya.

Suspek katanya telah ditahan pada 8.45 malam semalam di sekitar daerah Kajang dan perkara ini telah dimaklumkan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat.

Menurutnya, suspek direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

Siapa pandu kereta Nik Khatijah masih jadi tanda tanya? 

Dalam pada itu, kereta Nissan Almera milik mangsa yang ditemukan di parkir belakang sebuah stesen minyak di Jalan Reko, Sentral 1, Kajang lebih 1 kilometer (km) daripada lokasi mayatnya ditemui masih menjadi tanda tanya pihak polis.

Persoalannya, siapa yang memandu kereta Nik Khatijah dan letakkan kenderaan itu di kawasan berkenaan? Adakah orang tersebut pembunuh mangsa?

156974192 3818887841511199 8622965642013438089 N

Menurut sumber, pihak berkuasa sudahpun memeriksa CCTV di kawasan berkenaan namun CCTV tersebut tidak fokus ke lokasi kenderaan itu diparkir dan tidak membantu siasatan.

Polis masih mengesan siapa yang meletakkan kenderaan itu di sini (parkir stesen minyak). Adakah pembunuh?

“Kita percaya penangkapan individu yang menggunakan kereta mangsa ini dapat merungkai misteri pembunuhan Nik Khatijah,” kata sumber yang mana kereta tersebut juga ditemukan rakan sekerja mangsa.

156409093 3819654354767881 6314845610660866441 N

Dalam pada masa yang sama, mayat mangsa juga ditemukan oleh rakan sekerjanya di rumah selepas mereka mencari Nik Khatijah yang dilaporkan hilang dan tidak datang ke pejabat sebelum membuat laporan kepada polis.

“Rakan sekerja yang bimbang dengan keselamatan Nik Khatijah bertemu pemilik rumah dan meminta kunci premis itu.

“Usaha mereka itu akhirnya menemukan mayat mangsa di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Taman Bangi, Jalan Reko. Mayat mangsa ditemukan lengkap berpakaian,” katanya.

158108943 1837944836383218 4273580136208230671 N

Pihak polis juga menolak kemungkinan pembunuhan itu berkaitan kes samun kerana barang peribadi mangsa yang berharga tidak hilang dan rumah juga tidak dipecah masuk.

Buat masa ini, pihak polis masih memburu dan mencari petunjuk yang boleh merungkai kes pembunuhan berkenaan.

Marilah kita doakan semoga pembunuh Nik Khatijah ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya. 

Baca: Mayat Wanita Bujang 30-an Yang Tinggal Berseorangan Ditemui Dalam Keadaan Leher Dijerut

Maut

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.