in

Tiada Elemen ‘Cover-Up’, Polis Dedah Punca Kematian Irene Sofiya

Syaz Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan bedah siasat ke atas mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang dipercayai dibunuh pada Sabtu lepas mengesahkan punca kematian pelajar berkenaan adalah akibat trauma tumpul di kepala (blunt trauma to the head).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bedah siasat tersebut telah dijalankan oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.


Susulan insiden tragis ini, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan rakan sekelas mangsa telah ditangkap pada Sabtu lalu. Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan lanjut.

Artikel berkaitan: Fadhlina Dedah Dewan Sekolah Tiada CCTV, Nafi Irene Sofiya Diseret Dari Surau

Artikel berkaitan: “Harap dapat sokongan tegakkan keadilan untuk anak saya”- Bapa Irene Sofiya

Images

Datuk M Kumar memaklumkan bahawa siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Menjawab kebimbangan orang ramai, pihak polis memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus, dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up atau melindungi mana-mana pihak.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau memberikan komen yang boleh mengganggu proses siasatan serta memanipulasi fakta demi mengelakkan kegusaran masyarakat.

Sebelum ini, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng. Suspek ditahan di sekitar Yong Peng kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian, sejam selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.