Teka-teki sama ada pemandu bas tersebut di bawah pengaruh dadah atau tidak semasa kemalangan yang melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun semalam akhirnya terjawab apabila pihak polis mengesahkan suspek positif dadah.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi berkata, ujian saringan awal air kencing suspek mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu.
Lebih mengejutkan, suspek juga katanya tiada lesen memandu bas secara sah! Biar betul ni???
Sehubungan dengan itu, suspek telah direman selama 2 hari untuk siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Majistret Ahmad Tajuddin mengeluarkan perintah reman itu ke atas suspek berusia 49 tahun di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini pagi tadi.
Terdahulu, suspek yang memakai kemeja gelap dan seluar denim itu difahamkan telah dibawa ke lokap mahkamah bagi mendapatkan perintah reman oleh sepasukan polis kira-kira jam 7.30 pagi.
“Kesian arwah jadi mangsa di atas kecuaian orang lain…”
Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa pelajar tersebut dan berharap pemandu terbabit mendapat hukuman yang setimpal dengannya.
Kita doakan yang terbaik buat mangsa dan keluarganya.