in

Kereta Menjunam Di Laluan Bertingkat, Suami Maut Tersangkut Atas ‘Flyover’, Isteri Pula Cedera Parah

Feat Eksiden Final

Di saat Sabah kini sedang berperang dengan gelombang ketiga Covid-19, kejadian yang menyayat hati ini berlaku pula.

Pasangan suami isteri di Sabah ini telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang meragut nyawa si suami manakala isterinya pula dilaporkan parah.

Lapor Harian Metro, kereta yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar tembok.

 

Mayat tersangkut flyover

Bukan setakat itu sahaja, kereta tersebut kemudiannya menjunam jatuh di atas laluan bertingkat (flyover) di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kemalangan yang berlaku pada 20 Oktober pukul 10.10 malam telah menyebabkan mangsa lelaki yang berusia 51 tahun tercampak keluar dari kereta dan tersangkut pula di tembok flyover dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara isterinya yang berusia 35 tahun yang turut terjatuh bersama kereta berada dalam keadaan parah dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Feat Eksiden 2

Eksiden 0

Eksiden 1

 

Terbabas, langgar tembok dan terjunam jatuh

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kemalangan itu telah bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Kereta Proton Saga yang dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok jalan lalu terjatuh ke bawah flyover KKIA. 

Bantuan dari pihak bomba diperlukan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersangkut di flyover berkenaan.

Habibi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(!) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca:“Tak tergambar perasaan” Dua Beradik Terduduk Lihat Mangsa Kemalangan Maut Ibu Sendiri

Baca Eksiden

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro