in

“Kerap sangat accident sini” – Ibu Bapa Maut, 2 Anak Cedera Parah, Netizen Minta Polis Pantau Jalanraya Yang Ragut Banyak Nyawa

Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu kemalangan menyayat hati berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan van di Jalan Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu, kereta yang dinaiki empat beranak telah bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang hilang kawalan, sebelum merempuh penghadang jalan dan memasuki laluan mereka.


157394661 1837154353128933 896105662965910100 O

Pasangan suami isteri, Remyzan Baharudin, 42 dan Suzyla Ahmad Dahlan, 40 telah disahkan maut di tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Manakala dua anak mereka, Raiha Syuhaida Remyzan, 13 dan adiknya, Ra’if Adam Remyzan, 7 pula cedera parah di kepala serta kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Bedah siasat kedua-dua mangsa kemalangan (Allahyarham Remyzan dan Suzyla) akan dibuat setelah mendapat keputusan ujian swab Covid-19 di hospital berkenaan.

“Kenderaan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut, manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1368511032499441674

 

“Harap boleh pantau kawasan ini. Kerap terjadi kemalangan maut” 

Rata-rata netizen yang bersedih dengan kejadian kemalangan tersebut meminta supaya pihak berkuasa memantau kawasan tersebut kerana dilaporkan sering berlaku kemalangan maut di situ.

Malah kata netizen lagi, bukan sekali dua kemalangan di situ berlaku, malah berpuluh-puluh kemalangan telah berlaku di situ oleh kerana faktor jalanraya yang dikatakan sangat berbahaya.

Makannyawa

Moga-moga pihak berkuasa take notelah dengan apa yang netizen suarakan tu. Kita tak mahu lagi kemalangan seperti ini terus berulang. 

Baca: Tinggal Tengkorak, Mangsa Kemalangan Akhirnya Ditemui Lepas Hilang Hampir 10 Bulan

Accident

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.