in

Kerajaan Perak Minta Syarikat Produksi Bayar Ganti Rugi, Rosakkan Fosil Berusia Jutaan Tahun Masa ‘Shooting’ Drama

Gua Matsoorat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral satu posting di media sosial yang mendedahkan kerosakan yang berlaku di Gua Matsoorat, Ipoh, Perak yang didakwa terjadi selepas penggambaran sebuah drama TV.

Menurut posting tersebut, kru produksi juga didakwa telah membuang sampah merata-rata selain menunjukkan beberapa kerosakan yang berlaku pada fosil yang ada di dalam gua tersebut serta ukiran tajuk drama berkenaan pada dinding gua. Aduhai… 


D3D6F0A6 Ebc2 442B 874A 12C9D930D925 300X300 1

F3B75A0D 85Af 42C6 A14C D5Cc8Cf0A9Dc 206X300 1

Susulan isu berkenaan, kerajaan negeri Perak hari ini memberitahu yang mereka akan mengambil tindakan tegas serta meminta ganti rugi daripada syarikat produksi drama terbabit, lapor Bernama.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, terdapat juga bukti yang menunjukkan kru produksi berkenaan telah melakukan kerosakan.

“Bagaimanapun perkara (ganti rugi) ini masih dalam perbincangan sama ada untuk mengenakan penalti kepada syarikat produksi tersebut ataupun mereka harus membayar kos untuk memulihara semula tempat yang telah dirosakkan dan kami telah memanggil beberapa pakar untuk melihat dan menilai kerosakan terbabit.

“Kerajaan negeri berasa amat kesal dengan apa yang telah berlaku di satu daripada tapak yang sedang kami usahakan untuk diangkat sebagai geotapak yang baharu dalam Geopark Lembah Kinta,” katanya.

Dua pengawal keselamatan juga telah ditempatkan 24 jam sehari di kawasan berkenaan bagi memantau dan mengawal persekitaran gua berkenaan serta jumlah pengawal keselamatan itu juga katanya ada ditambah bagi meningkatkan keselamatan.

8Cea5D30 2152 4Cb6 A12B Eb45595F7Fbb
Keadaan gua matsoorat

 

Berikutan kejadian ini, Nolee Ashilin berkata kejadian yang berlaku haruslah diambil iktibar oleh semua pihak kerana apa sahaja yang berkaitan dengan khazanah warisan tidak boleh dipandang ringan.

Dalam pada itu, Nolee Ashikin juga memberitahu yang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberikan kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar bandar Ipoh mulai 20 Februari hingga 30 April ini.

https://www.facebook.com/megatmohd.shahrin/posts/435732160865788

Hasil semakan juga mendapati syarikat produksi ini dimaklumkan mereka hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan.

Haish lain kali berhati-hati lah kalau buat shooting di kawasan yang ada nilai-nilai sejarah macam tu. Susah juga bila dah jadi macam ni. 

Baca: Gua Dipenuhi Sampah & Fosil Rosak, Krew Produksi Tempatan Dikecam Netizen

Gua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.