in

Gua Dipenuhi Sampah & Fosil Rosak, Krew Produksi Tempatan Dikecam Netizen

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh apabila beberapa gambar keadaan sebuah gua di Perak yang kotor dan diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab tular di media sosial.


Netizen mendakwa krew produksi sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO itu telah melakukan penggambaran dan meninggalkan lokasi bersejarah tersebut dalam keadaan yang kotor dan dinding yang diconteng.

I am getting mighty pissed off now. These are damages done to a cave with important and rare heritage elements due to…

Posted by Megat Mohd Shahrin on Thursday, March 25, 2021

Lebih teruk, krew produksi juga didakwa telah merosakkan sebuah fosil penting yang ada di dalam gua tersebut. Dinding gua pula dicemari dengan kesan asap hitam hasil pembakaran dan diconteng dengan penyembur cat.

1 15

2 9

3 5

4 2

Exx3Adxvcaahxuy

Lokasi penggambaran juga dipenuhi dengan sampah sarap seperti tisu yang digunakan untuk make-up, lilin, pelitup muka dan banyak lagi.

5 1

6 1

7 1

12 1

Isu ini mendapat perhatian ramai yang mengecam tindakan krew produksi yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati khazanah alam.

Rasa terpanggil dengan isu ini, Michael Ang tampil menjelaskan isu sebenar untuk meredakan keadaan. Jelasnya, pihaknya telah berjaya mendapatkan kebenaran daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjalankan penggambaran.

Capture 30

Namun mengenai lukisan grafiti itu, Michael Ang meminta maaf bagi pihaknya dan kini sedang mencari individu tidak bertanggungjawab tersebut. Dia juga menjelaskan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berwajib berkenaan isu ini.

 

Kredit: Megat Mohd Shahrin, Michael Ang

 

BACA: Penerbit Drama ‘Jujurlah Nikahi Aku’ Mohon Maaf Kepada Penyokong Liverpool Selepas Adegan Lap Air Kencing

Cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.