Makin berlarutan isu kedai makan seafood yang caj mahal ni. Lepas isteri Mawi mengeluarkan kenyataan bahawa dia makan tak sampai 20 orang, Linda Hashim pula tampil back up kedai ibu saudara.
Artikel berkaitan: “Kami makan tak sampai 20 orang” – Ekin Beri Kenyataan Balas Penjelasan Pemilik Restoran Seafood
Artikel berkaitan: “Lain kali, tanya depan-depan” – Linda Hashim Terkilan Tindakan Ekin, Viralkan Kedai Ibu Saudaranya
Terkini, Michael Ang telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya setelah dia membaca kes kedai makan yang viral baru-baru ini.
View this post on Instagram
Pengarah dan penerbit, Michael Ang berpendapat jika dirinya sudah makan di mana-mana kedai dan cajnya mahal, bayar sahaja selepas itu tidak perlu repeat kedai itu lagi. Jika tidak berpuas hati dengan caj yang mahal, tidak perlu menghebahkannya.
Turut menceritakan pengalamannya, Michael Ang pernah makan udang galah di sebuah restoran dan perlu membayar hampir RM1700 walaupun untuk dua orang makan. Dia walau bagaimanapun membayar sahaja jumlah itu dan bersumpah tidak akan makan lagi di kedai itu.
“Makanan dah jadi tahi pun takkan tak nak bayar buat bising pun tak guna.” – Michael Ang
Selain itu, Michael juga bersetuju penjual berhak menetapkan berapa harga makanan yang mereka jual.Pada akhir posting itu, dia seolah-olah memerli siapa mahu beli nasi ayam claypotnya yang berharga RM259.99.
Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendapat Michael Ang ini.
Hmm.. betul jugak kan?
Sumber: Instagram