in

[VIDEO] Netizen Sokong ‘Statement’ Micheal Ang & Betty Rahmad Isu Cikgu Panas Anak Kena Jeling

Ft Betty Sound Cikgu Ayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang dah tengok video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan seorang influencer TikTok, meluahkan rasa bengang dengan tindakan beberapa pihak yang dikatakan menjeling anaknya yang sedang menangis ketika makan di restoran.

Video tular tersebut telah mengundang pelbagai respon yang merasakan peranan ibu bapa juga adalah salah satu faktor penting agar tidak membiarkan anak-anak menjadi tidak terkawal.


Respon Betty Rahmad

Selain itu, Betty Rahmad juga turut terpanggil untuk tampil memberikan respon mengenai isu tersebut. Menerusi TikTok miliknya, Betty menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh influencer tersebut.

https://www.tiktok.com/@bettyrahmadali/video/7202463120869035290

Betty yang juga seorang ibu kepada anak kecil dan kerap makan di luar berpendapat bahawa sebagai pengunjung restoran, sudah pasti pelanggan membayar untuk menjamu selera dalam suasana yang selesa dan bukan untuk mendengar tangisan kanak-kanak.

Jelas Betty lagi, dia merasakan ibu bapa harus memainkan peranan sama ada membungkus makanan atau membawa mainan untuk melekakan anak-anak agar tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

Selain itu, Betty menyatakan bahawa ibu bapa juga seharusnya lebih mengetahui tentang kerenah anak-anak dan mensihati agar ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri sampai menyalahkan orang lain sekiranya anak mereka ditegur kerana mengganggu persekitaran.

Michael Ang pun bagi komen juga!

Dalam pada itu, penerbit dan pengarah Michael Ang turut memberikan respon mengenai isu tersebut di Instagram rasminya sambil meluahkan rasa bengang terhadap sikap ibu yang dia labelkan sebagai ‘Makcik Joyah’.

https://www.instagram.com/p/Co63S_wpGS7/

“Setuju dengan Betty!” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Betty mengenai tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa jika anak mereka bising di kedai makan.

Screenshot 2023 02 22 114103

Sebenarnya ada betul juga apa yang diaorang cakap ni…

Baca : “Apa kata bungkus makan kat rumah” – Cikgu Tak Puas Hati Anak Kena Jeling Sebab Menangis?

Cikgu Ayu 1 728X383 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.