in

“Kepala ditendang macam bola” – Bapa Kecewa Anak Dibuli 10 Pelajar, Tapi Pengetua Tak Ambil Tindakan?

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara benda yang paling ditakuti oleh kebanyakan ibu bapa bila hantar anak ke sekolah adalah apabila anak menjadi mangsa buli pelajar-pelajar lain.


Mana tidaknya, sebagai ibu bapa dah tentu naluri kita mahu melindungi anak dan tak mahu perkara yang buruk berlaku ke atas mereka tapi bila anak balik dalam keadaan sakit, lebam atau murung, kita mesti turut sama rasa sedih dan marah kan?

Macam baru-baru ini, seorang bapa mahu mengambil tindakan kepada sekumpulan pelajar dan guru selepas anak lelakinya telah dibuli dan dicederakan di sebuah sekolah di Petaling Jaya, lapor Harian Metro.

Menurut Raja Akhbar Raja Nong Chik, anaknya yang berusia 16 tahun Tengku Syah Arief Sur’an telah diserang oleh kira-kira 10 pelajar di padang sekolah.

Ada pelajar memaklumkan mahu bertemu anak saya di padang sekolah itu dan apabila sampai, dia dikelilingi kira-kira 10 pelajar lain.

“Mereka kemudian memaki dan menjerit pada anak saya dengan seorang daripada mereka menolaknya.”

Screenshot 2022 05 19 At 5.27.57 Pm

Tambah mengecewakan, anaknya telah memberitahu bahawa kepalanya telah ditendang dan dipijak seperti bola sepak.

Anak saya memaklumkan sekumpulan pelajar itu menendang kepalanya seperti bola sepak dan perkara itu amat menyayat hati saya.

“Dia juga memberitahu mereka memijak kepala dan badan selain terus menendangnya semasa dia jatuh. Ada pelajar yang mahu membantu anak saya, namun gagal menghalang mereka.”

Namun, apabila bapa ini pergi ke sekolah, pengetua memaklumkan bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan.

Bagaimana perkara sebesar ini boleh diselesaikan begitu saja tanpa ada tindakan diambil.

“Kejadian itu menyebabkan anak saya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, tangan, badan dan kaki kiri.”

Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah pertama kali anak lelaki Akhbar menjadi mangsa buli di sekolah yang sama tau!

Ini bukan kejadian pertama anak saya menjadi mangsa buli. Pada 2019, dia turut dibuli dan apabila saya pergi ke sekolah, guru memaklumkan mereka (anak dan pembuli) sudah berbaik.

“Malah pada tahun sama, seorang daripada pelajar berkenaan mengugutnya menggunakan pisau tetapi dia tidak memaklumkan kepada saya sehingga April 2020 menyebabkan saya menghubungi pihak sekolah supaya tindakan diambil.

“Pada Julai (2020), saya dimaklumkan pihak sekolah bahawa pelajar berkenaan tidak lagi datang ke sekolah. Itu bukan alasan untuk tiada tindakan diambil terhadapnya.”

Bapa ini telah pun membuat dua laporan polis berhubung kejadian ini dan mengatakan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pembuli dan pihak sekolah.

Bukan itu sahaja, Akhbar turut mengatakan yang dia enggan menghantar anaknya ke sekolah berkenaan lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid mengesahkan bahawa pihaknya telah pun menerima laporan berhubung kejadian itu dan sudah mengambil keterangan mangsa dan beberapa saksi termasuk guru.

Sampai bila budaya membuli ni nak stop?

 

Baca: “Dilibas batang besi & penyapu” – 7 Pelajar Trauma Kena Buli Ketika Hari Orientasi

Pelajar Kena Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.