in

“Dilibas batang besi & penyapu” – 7 Pelajar Trauma Kena Buli Ketika Hari Orientasi

Pelajar Kena Buli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak cukup dengan kes yang menggemparkan 1 Malaysia iaitu kes buli Zulfarhan sehingga membawa kepada kematian, masih banyak lagi pelajar asrama yang dibuli sehingga mendatangkan kecederaan dan merisaukan ibu bapa.


Menurut Berita Harian, sekurang-kurangnya 7 pelajar lelaki Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah agama di Seremban, mengalami kecederaan dan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan 4 sekolah berkenaan.

Buli 3

Kejadian dikatakan berlaku di asrama sekolah kira-kira jam 11 malam pada Jumaat lalu. Wakil ibu bapa, As’ad Inderas, 47, berkata pihaknya dimaklumkan sekumpulan pelajar Tingkatan 4 mengumpulkan pelajar Tingkatan 2 untuk menjalani orientasi.

Difahamkan ketika aktiviti berjalan, pelajar Tingkatan 2 dipukul dan didera menggunakan objek tumpul serta mereka mengalami tahap kecederaan yang berbeza. Namun, apa yang dikesalkan ialah pihak pengurusan sekolah tak maklumkan secepat mungkin kejadian kepada ibu bapa dan langsung tak cuba selesaikan masalah pelajar yang cedera.

As’ad turut menambah yang pihak sekolah merancang untuk bertemu ibu bapa pelajar namun dibatalkan selepas ibu bapa membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Sementara itu, Noor Azmi Mohd Nor, 44, menyatakan bahawa anaknya, Akmal Danish, 14, cedera kaki kanan dan betis manakala badannya yang kena tendang tidak meninggalkan kesan. Beliau turut berkata yang anaknya mengalami kesesakan nafas dan separuh sedar selepas dipukul.

Seorang lagi bapa memaklumkan yang anaknya, Ahmad Aqil Zafran, 14, turut menjadi mangsa buli apabila anaknya dilibas dengan batang besi dan penyapu dalam kejadian itu.

“Orientasi cara berkenaan tak lagi sesuai sebab boleh datangkan kecederaan dan boleh meragut nyawa pelajar” – Bapa mangsa

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman telah mengesahkan pihaknya menerima 3 laporan polis dari 3 pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah berasrama penuh yang mendakwa mereka dipukul pelajar Tingkatan 4 sehingga cedera di beberapa bahagian badan.

Harapnya polis dapat ambil tindakan secepat mungkin kepada pembuli ni!

Baca: “Kes Buli: Exco Serah Lima Nama ‘Doktor Paling Toksik’ Di Penang Kepada KJ”

Bawah 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.