in

“Kentut 86 kali dalam seminit”- Kenali Mr Methane, Lelaki Yang Ada Bakat ‘Keluarkan Angin’ Luar Biasa

F1 Methane

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini pernah terkentut dengan kuat ketika berada di depan orang lain? Kalau jadi macam ni, mesti ramai yang tak mengaku bahawa kentut tu milik korang kan sebab terlalu malu. Lebih-lebih lagi kalau time tu ada ramai orang. 



Namun, buat seorang lelaki Inggeris ini pula, dia memiliki bakat kentut yang luar biasa dan siap dibayar untuk buat persembahan kentut! Menurut Oddity Central, Paul Oldfield atau lebih dikenali sebagai Mr Methane, lelaki ini mula mengetahui bahawa dirinya ada bakat itu sejak remaja ketika melakukan senaman yoga bersama adik-beradiknya.

Methane 3

Difahamkan, pada ketika itu, Paul sedang cuba untuk berada di posisi lotus dan dia tiba-tiba sedar yang dia ada kelebihan untuk masukkan dan keluarkan angin dari punggungnya.

Dia kemudiannya keluarkan angin sebanyak lebih kurang 20 kali dalam masa seminit pada keesokannya di depan rakan-rakannya sebab teruja nak kongsi dengan orang terdekatnya tentang bakat yang baru ditemui itu.

Methane 2

Namun, ketika zaman mudanya, tak pernah terdetik pun untuk jadi seorang penghibur sebab dia mula-mula bekerja sebagai konduktor kereta api. Kerjanya bermula pada sekitar tahun 1980-an di mana Mr Methane membuat pertunjukan kentut di acara pembukaan konsert.

Selain itu, dia juga pernah muncul di rancangan terkenal Britain’s Got Talent untuk menunjukkan bakatnya itu.

Kerjaya dan cita-citanya sebagai penghibur kentut tak berhenti di situ sahaja sebab dia juga pernah cuba untuk meletakkan namanya di Guinness Records dengan kentut sebanyak 86 kali dalam masa seminit.

Mr Methane juga mendakwa dirinya sebagai seorang flatulist atau seorang penghibur yang menghiburkan penonton menggunakan kentut dengan cara kreatif dan lucu.

Agak-agak ketika dia buat persembahan tu ada bau-bau ‘semerbak’ ke tak eh? 

Sumber: Oddity Central

Baca: [VIDEO] Dr Amalina ‘Share’ Cara Hulangkan Bau Busuk Kentut, Ada Yang Kata Memang Menjadi!

Methane 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.