in

Ramai Nak Dapatkan Rawatan Dari Paderi Ini Lepas Dakwa Kentutnya Boleh Sembuhkan Penyakit

Feature 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang berada di dalam lif dan tiba-tiba ada bau ‘semerbak’ yang datang singgah kat hidung korang? Rupa-rupanya ada yang dah terkentut dalam lif tu! Boleh pening kepala kalau terbau kentut dalam ruang sempit macam ni kan. 


Namun, menurut India Times, ada seorang paderi Afrika Selatan ini mendakwa bahawa kentutnya boleh merawat penyakit. Kentutnya itu dikatakan perlu dilepaskan depan muka orang yang sakit.

Fart 1

Gambarnya sedang merawat pesakit menggunakan cara tersebut mula tular di media sosial beberapa bulan lalu. Christ Penelope mendakwa dia perlu kentut di muka berdekatan lubang hidung untuk melepaskan semangat suci.

Bukan itu sahaja, Penelope mengatakan dia hanya menggunakan kuasa Tuhan dan turut mendakwa kentutnya boleh membuat keajaiban.

Fart 2

Walau bagaimanapaun, ramai paderi lain tak begitu mempersetujui kaedah yang digunakan oleh Penelope sebab dia tak sepatutnya duduk di atas muka pesakit. Namun, ramai juga yang datang untuk mendapatkan rawatan tersebut walaupun caranya dilihat tidak begitu sesuai.

Selain itu, Daily Sun juga melaporkan seorang paderi dari Kagiso iaitu Jacob Sibiya juga  mengatakan perkara sebegitu tak pernah ada dalam kitab Bible dan Tuhan tak pernah menyuruh sesiapa untuk duduk di atas muka seseorang dalam usaha untuk menyembuhkannya.

Sumber: India Times, Daily Sun

Baca: Padah Kentut Depan Polis Dengan Niat Untuk Provokasi, Lelaki Ini Didenda Lebih RM2000

Fart

Sumber: India Times
Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.