Mungkin sebelum ini kita pernah dengar isu barangan peribadi dari selebriti popular dijual atau dibida dengan harga yang tinggi.
Kadang kala, ada juga yang sanggup beli barang yang boleh dikatakan aneh dan tak masuk akal. Contohnya dulu pernah tular isu rambut Justin Bieber yang dijual dengan harga lebih 160 ribu ringgit Malaysia. Nak buat apalah agaknya tu…
Lebih dahsyat, baru-baru ini seorang bekas bintang realiti televisyen dikatakan menjual kentutnya sendiri yang dikumpul ke dalam balang sebagai pendapatan sampingan. Extreme betul!
Stephanie Matto yang dulunya membintangi rancangan 90 Day Fiance memperoleh hampir AS$50,000 (RM213,016) dalam tempoh seminggu hanya dengan menjual kentutnya yang dimasukkan ke dalam balang bersama kelopak bunga ros dan nota peribadi darinya.
Satu balang lebih RM4,000!
Sehingga kini, wanita itu telah berjaya menjual sebanyak 97 balang, di mana dia menyasarkan 260,000 pengikutnya sebagai target market kepada bisnes sampingan itu. ‘Produk’ itu dijual dengan harga AS$1,000 (RM4,237) sebalang, dan diberikan promosi sebanyak 50 peratus baru-baru ini.
Matto turut menyatakan dia memakan banyak protein, yogurt, telur rebus dan kacang untuk menghasilkan kentutnya.
Beberapa tahun lalu, saya mendapat permintaan untuk menjual pakaian dalam, rambut dan air mandian.
Saya berpendapat bahawa menjual kentut adalah cabang perniagaan yang hebat, menyeronokkan, unik dan berbeza” – Stephanie Matto
Sebelum ini, Matto dikenali melalui rancangan realiti yang memaparkan jika dua pasangan akan berkahwin atau tidak selepas tiga bulan meluangkan waktu bersama.
Meskipun wanita itu tidak berjaya mendapat pasangan dalam rancangan itu, ia tidak menjadi penghalang bagi Matto meraih populariti yang menjadikan peminatnya tertarik untuk membeli balang kentutnya.
Macam-macam benda pelik dijual dalam dunia ni, kan? Itu pun ramai yang beli!
Sumber: Kosmo
Baca: “Rasa bersalah aku gelak” – [VIDEO] Suasana Hiba Jadi Lucu Lepas Individu Ini Tiba-tiba Terkentut