“Kenapalah main yang bukan-bukan kat sekolah” – Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Pelajar Tersekat Kon Di Kepala

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Admin bersetuju kalau ada yang cakap masa zaman sekolah dulu, kita selalu buat benda pelik-pelik yang memalukan diri. Tapi mujurlah masa tahun 90-an dulu tak ada media sosial dan Internet, kalau tak memang dah viral abis dah!

Apa-apapun admin tak tahan nak ketawa lihat satu kejadian yang berlaku baru-baru ni melibatkan seorang pelajar sekolah Tahun 5 ni. Menurut posting yang viral di Facebook, sebuah kon dilihat melekat di atas kepala pelajar malang tersebut. Adoyaiii kesian ko dik! 

Sumber: Facebook

 

Mujur bomba datang bawa gergaji! 

Walau bagaimanapun, mujurlah pihak bomba come to the rescue setelah pelajar dari SJKC di Kuala Penyu ini menahan derita selama setengah jam dengan kon tersangkut di kepalanya.

Lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu ini telah menggunakan gergaji besi dan memotong kon terbabit bagi mengeluarkan kepala mangsa darinya.

“Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala mangsa.

“Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati… jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa,” kata jurucakap bomba. Aduh siannya… 

Sumber: Facebook

Mangsa yang dalam keadaan baik itu telah diserahkan kepada ibu bapanya yang berada di tempat kejadian. Difahamkan ketika kejadian berlaku, mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di pondok kawasan sekolah yang mana tempat kon tu tersimpan.

Oh ni kes bosan lah ni sampai main je apa-apa benda ada kat situ. 

 

“Macam-macam budak-budak sekarang ni. Akan menjadi kenangan sampai bila-bila” 

Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut tak dapat menahan ketawa sebab geli hati dengan perangai budak tersebut yang ada sifat ‘ingin tahu’ terlalu tinggi. Sampaikan kon pun nak dimasukkan ke atas kepala ye!

Apa-apapun perkara ni dianggap sebagai kenangan bila tua nanti… so terima je lah ye dik! 

Sumber: Facebook
Ada video atau kisah menarik yang korang nak kongsikan dengan Lobak Merah? Drop comment atau PM je kita orang okay? 

Baca: “Sumpah lawak setiap kali dia cakap” – Penumpang Terhibur Dengan Pengumuman Krew AirAsia Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!