in

“Kenapalah dibuat ayah sendiri macam tu?” – Anak & Boyfriend Durjana Jual Kerusi Roda Elektrik Bapa OKU, Nasib Baiklah Uncle Kentang Tolong!

Oku Kerusi Roda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin pun tak fahamlah kenapa wujud anak yang berperangai macam ini.


Menerusi perkongsian aktivis sosial, Kuan Chee Heng yang terkenal dengan panggilan Uncle Kentang di Facebook, baru-baru ini, kerusi elektronik milik seorang lelaki OKU bernama Daud telah dicuri menyebabkan pakcik ini tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Lebih menyedihkan, pencuri tersebut merupakan anak perempuannya sendiri dan teman lelaki gadis tersebut. Aduhai anak jenis apa ni?? 

KAMI AKAN CARI KAMU… DAN SAYA TAHU SIAPA YANBG CURI… BAIK KAU MENGAKU DAN CALL AKU 019 2316666. SEBELUM AKU DAPAT…

Posted by Kuan Chee Heng on Isnin, 28 September 2020

 

Kerusi roda elektronik dijual dengan harga RM1,500?? 

Selepas membuat siasatan, Uncle Kentang mendapat tahu yang kerusi roda elektronik itu telah dijual di premis Cash Converter dengan harga RM1,500. 

Malah katanya lagi, Cash Converter tidak bersalah atas apa yang berlaku. Hal ini kerana, resit kerusi roda tersebut telah diberikan kepada anaknya dengan niat untuk memudahkan keadaan kalau kerusi tersebut rosak kerana kerusi itu masih dalam jaminan warranty.

Kalau korang nak tahu, Uncle Kentang ni lah dulu yang belikan kerusi roda tu kepada Pakcik Daud. Tak sangka pulak si anaknya boleh pergi jual kerusi tu!

CASH CONVERTER MALAYSIA TAK BERSALAH… kerana resit beli kerusi roda ada dengan anak Perempuan Daud dan di fahamkan bf…

Posted by Kuan Chee Heng on Isnin, 28 September 2020

 

Rampas telefon bapa supaya tidak dapat minta bantuan

Lebih merumitkan keadaan, anak perempuan pakcik OKU tersebut katanya telah merampas telefon bimbit bapanya sendiri supaya lelaki itu tidak dapat meminta bantuan.

SANGAT SEDIH… HANDPHONE AYAH PUN KAU REMBAT… SEDIH BETUL…. Di fahamkan handphone Daud pun di rembat anak beliau…

Posted by Kuan Chee Heng on Isnin, 28 September 2020

 

Walau bagaimanapun, Uncle Kentang yang berhati mulia ini telah membeli semula kerusi roda tersebut daripada Cash Converter.

“Kita beli semula RM1,500. Ini kalau kalau anak jual lagi, kita kasi tolak masuk jamban. 

“Ohhhh anak, kau buat apa dengan RM1,500 itu? Beli barang untuk BF???” 

120195253 3799573120054429 4931059224466564803 O

 

“Tak perlu kutip depa. Biar PDRM yang cari dan kutip” 

Sungguhpun Uncle Kentang marah dengan tindakan anak perempuan dan teman lelaki anak Pakcik Daud, dia tidak berhajat untuk mencari dan memberi pengajaran kepada kedua-dua individu tersebut. Baginya lebih baik polis uruskan hal itu.

“Banyak info masuk mengenai BF anak Daud. Ada orang nak kutip nak ajar dia. Saya kata jangan.

“Kita dah selesai masalah Daud. Tak perlu kutip mereka. Biar PDRM yang cari dan kutip,” katanya dalam satu posting di Facebook.

Dalam pada masa yang sama, Uncle Kentang juga tidak membuat laporan polis bagi pihak Daud kerana memahami perasaan seorang ayah yang tidak mahu burukkan anaknya.

MENGAPA AKU TAK BUAT REPOT POLIS BAGI PIHAK DAUD? AKU JUGA SEORANG AYAH…. AKU MENGERTI … Mana ada ayah nak…

Posted by Kuan Chee Heng on Selasa, 29 September 2020

 

Apa-apapun admin bersyukur sangat sebab kita ada orang sebaik Kuan Chee Heng yang sanggup bantu orang susah macam Pakcik Daud ni. Semoga kisah ini memberi pengajaran buat semua. 

Baca: “Biar aku notakan sebelum pulang ke kubur” – Rupanya Ini Sebab Kenapa Uncle Kentang Selalu Tolong Orang

Kentang

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.