Semenjak sempadan negara dibuka dan rakyat kembali dibenarkan bercuti ke luar negara, ramai di kalangan artis dan instafamous dilihat bercuti ke sana sini.
Semasa bercuti ke overseas, antara perkara penting yang korang kena take note ialah memilih makanan yang halal dan tidak mengandungi sebarang bahan terlarang. Memang ia satu cabaran tapi sebagai seorang Muslim ia merupakan satu tanggungjawab tau!
Hal ini kerana korang pastinya tak nak perkara yang berlaku kepada selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ini terjadi kepada korang apabila dia katanya telah termakan sandwich yang mengandungi khinzir. Alamak!
“Termakan babi hari pertama berada di UK”
Menerusi perkongsian IGTV Norreen, dia merakam insiden dirinya yang telah termakan sepotong sandwich yang mengandungi khinzir atau pork belly.
Menurut Norreen, dia baru mengetahui sandwich itu mengandungi bahan tidak halal apabila membaca ramuan makanan di belakang plastik. Aduhai…
https://www.instagram.com/p/CXgCmhpp1xi/
Norreen yang bersama Andi Bernadee serta Janna Nick dilihat sangat terkejut akan kejadian itu, tambahan pula ia berlaku ketika mereka baru hari pertama di London, UK.
Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan babi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CXdfud7JsA7/
Norreen juga sempat menyelar beberapa perlian yang diterimanya di bahagian DM yang bertanya sama ada haiwan tersebut sedap dimakan atau tidak.
“Semalam termakan babi. Aku rasa macam nak samak lidah aku berkali-kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya, hari ini kena buat benda yang sama ni.
“Korang boleh lagi tanya, macam mana eh rasa babi tu sedap tak? Hello aku bukannya nak makan sangat pun babi tu. Aku rasa macam sakit hati.
“Dok semua DM, tapikan alang-alang dah termakan tu nak tahu jugak sedap ke tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti,” marahnya.
“Kenapa tak baca dulu, ham kalau di Eropah most of it pork based”
Rata-rata netizen di video tersebut walau bagaimanapun mengatakan Norreen tidak bersalah kerana termakan makanan yang mengandungi haiwan tersebut kerana dia tidak tahu.
Apa-apapun ramai juga yang menegur supaya Norreen lebih teliti dalam memilih makanan dan baca dahulu bahagian ingredients sebelum membeli satu-satu makanan ketika berada di luar negara.

Tak apalah kan sebab dia pun tak tahu dan tak perasan makanan ada bahan haram. Harap jadi pengajaran kat kita semua untuk check dulu sebelum makan.
Baca: Ustaz Perjelas, Persepsi ‘Hukum Kesian Makan Haiwan Disembelih Adalah Haram’, Sebenarnya Mitos?

