in

Ustaz Perjelas, Persepsi ‘Hukum Kesian Makan Haiwan Disembelih Adalah Haram’, Sebenarnya Mitos?

Ft Rasa Kesian Makan Daging Sembelih Haram Mitos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti kita selama ini dimomokkan dengan tanggapan bahawa haram jika memakan haiwan yang disembelih kalau ada rasa kesian.


Sebenarnya tanggapan yang kita fikir selama ini benar itu salah! Perkara ini mula diketahui selepas seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Ad-dien mendedahkan bahawa ianya hanyalah mitos!

 

Tak boleh makan daging kalau rasa kasihan kena sembelih?

Menerusi laman akaun Twitter miliknya, Ustaz Ad-dien atau nama sebenar Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir ini ada memuat naik status dengan bertanyakan sesuatu amalan yang selama ini kita percaya dan dikaitkan dengan agama islam.

Dipendekkan cerita ada netizen bangkitkan isu mengenai rasa kasihan bila makan haiwan disembelih itu haram.

Rasa Kesian Makan Daging Sembelih Haram Mitos

Pendapat itu telah membuatkan Ustaz Ad-dien terpanggil untuk tampil memberikan penjelasan sebenar.

 

Mitos. Boleh makan walaupun rasa kasihan

Menurutnya, ianya halal dimakan walaupun ada rasa kasihan asalkan haiwan itu disembelih oleh orang Muslim dan melafazkan bismillah.

“Mitos. Rasa kasihan tak menyebabkan haiwan haram dimakan. Asalkan disembelih seorang Muslim dan baca bismillah, boleh makan walaupun kasihan.

Kata Nabi: ما أنهر الدم وذكر اسم الله عليه فكلوه “Apa yang disembelih dengan menyebut nama Allah, maka makanlah.” [Riwayat al-Bukhari]”

Tambahnya lagi, Allah akan lebih merahmati kita, Ustaz Ad-dien turut menceritakan semasa zaman Nabi, ada sahabat yang rasa kasihan kambingnya disembelih.

Malah, ia juga dirumuskan ada sebab kenapa perlu pakai pisau yang betul-betul tajam, ia bertujuan agar sembelihan mati cepat dengan sekali sembelihan.

Info ini telah meraih lebih daripada 7,000 jumlah retweet dalam masa 18 jam ia dimuatnaik, rata-rata netizen baru terbuka mata kerana selama ini ia telah disalah tafsir kerana mempercayai amalan yang selama ini hanya rekaan semata-mata.

Jadi, lepas ni usahlah ragu-ragu kalau nak makan. Tapi ada setengah orang tak sanggup makan sebab rasa kesian mungkin sebab dah sayang kat haiwan tu je kot.

 

Baca : Tinjauan: Golongan Kayangan Paling Ramai Percaya Mitos Vaksin COVID-19

Mitos Vaksin

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.