in

“Kenapa buat gitu ke jenazah” – Kerana Terlalu Rindu, Anak Sanggup Korek Kubur Ibu Bawa Mayat Balik!

Gali Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang dapat menandingi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Oleh kerana kasih sayang itulah, seorang anak melakukan kerja gila kerana terlalu merindui ibunya yang sudah lama tiada.



Menurut Harian Metro, seorang lelaki nekad menggali semula kubur dan membawa pulang jenazah ibunya yang baru dikebumikan 40 hari lalu ke rumah. Kejadian ini dikatakan berlaku di Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur.

 

Rakaman video tarik mayat ibu tular di media sosial

Perkara yang berlaku pada Jumaat lepas menyaksikan Nasir mengusung jenazah ibunya, Sumarto di dalam guni dan membawa ia pulang rumah selama dua hari.

Perlakuan Nasir kemudian menjadi viral dan menurut akhbar tempatan, penduduk kampung pada asalnya tak tahu ia berlaku sehinggalah video dia mengebumikan jenazah ibunya pada Ahad lalu tular di Facebook

#Indonesia Viral Sorang lelaki korek balik kubur ibunya dengan Alasan kerana rindu sbb sudah berpuluh tahun tak bersama lagi. Menurut Info Arwah mempuanyai empat anak dua beradik Mengalami ganguan jiwa. Lokasi kejadia Di Desa Kedungsumur Probolinggo jawa timur.

Posted by Borneo on Tuesday, October 15, 2019

 

Nasir dikatakan membawa semula jenazah tersebut ke kubur lepas dipujuk kakaknya, Sul.

 

Pemuda alami tekanan jiwa lepas ibu meninggal dunia

Menurut penduduk kampung bernama Amin, mereka pada awalnya tidak menyedari kejadian itu berlaku kerana lokasi kubur terletak jauh ke dalam hutan.

Dalam pada itu, jurucakap polis daerah Pakuniran, Iptu Habi Sutoko berkata, pemuda tu rupanya mengalami tekanan jiwa ekoran kematian ibunya yang memberi impak yang mendalam.

1 3

Screenshot 2019 10 16 At 12.41.40 Pm
sumber: blog

Tambahnya lagi, anak ketiga daripada empat adik beradik ini memberi alasan tindakan terbabit dilakukannya kerana dia terlalu rindukan kehadiran ibunya.

“Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan kawasan terbabit jarang dilalui penduduk.

“Kemudian dia memasukkan jenazah ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah namun kakaknya, Sul mendapat tahu perkara itu dan memujuknya mengebumikan semula jenazah,” katanya.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan bersimpati dengan nasib pemuda berkenaan dan merasakan jenazah ibunya tak patut diperlakukan begitu.

Anak 1
sumber: facebook

Admin tak dapat nak pastikan sama ada keluarga ini beragama Islam atau tidak, tapi kita doakan je lah semoga anaknya mampu menerima hakikat kematian ibunya itu dan semoga jenazah tenang di sana. 

Baca: “Kecik-kecik dah ada fetish” – Dua Remaja ‘Korek’ Kubur Nenek 84 Tahun Sebelum Gilir-gilir Rogol Mayat

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.