in

“Kena copet dengan Alip Aziz. Minta Bantuan Syed Saddiq?” – Netizen Confused Dengan ‘Perangai’ Aktres Indonesia Ni

Sadddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia artis ni memang tak pernah suram dengan gosip dan kisah kontroversi. Baru-baru ni, kecoh di media sosial tentang seorang artis wanita Indonesia katanya telah melepak dengan seorang ‘artis lelaki kontroversi’.


Menurut Harian Metro, artis itu kemudian memberitahu bahawa wangnya telah dicuri oleh artis lelaki berkenaan semasa mereka bersuka ria di sebuah kelab malam di Singapura.

 

“Saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk”

Menurut pelakon Indonesia tersebut, Raja Yunika Putri, semuanya bermula apabila dia telah bertemu dengan artis lelaki terbabit di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu.

“Pada masa itu saya berjumpa dengan dia di Clarke Quay, Singapura.

“Saya kemudian pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk,” katanya.

26815589 1848063048538362 1924226620670157989 N
sumber: facebook

Sekitar jam 2 pagi waktu tempatan, artis lelaki berkenaan mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu dia nak ke tempat lain untuk bertemu dengan rakannya.

“Tidak lama selepas artis itu pergi, saya mengambil dompet dalam beg. Malangnya, sejumlah wang dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah saya hilang.

“Sudah pasti saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk,” tambahnya lagi.

 

Wang dicuri artis Singapura, pelakon Indonesia minta bantuan Syed Saddiq?

Setelah sedar wangnya dicuri, Yunika kemudian memberitahu artis lelaki berkenaan yang dia mahu melaporkan hal tersebut kepada polis. Namun, artis lelaki tersebut mencabar Yunika untuk terus melaporkan ia kepada polis.

Apa yang berlaku selepas itu agak pelik jugaklah bagi admin kerana Yunika kemudian meminta bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk melaporkan kejadian ni kepada polis.

Dituduh Pula Curi Duit Pelakon Indonesia Artis Aa Buat Hal Lagi
sumber: harian metro

Aik kes di Singapura, suspek dan mangsa pun bukan orang Malaysia… tetiba minta bantuan Bro Saddiq? Errr.. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq. Kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura.

“Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis,” katanya yang telah mengenali Saddiq beberapa lama dulu.

Ss 418153 20190616092801
sumber: the sun

 

“Kena copet dengan Alip. Minta bantuan Syed Saddiq?”

Netizen yang pantas dalam bab bawang membawang ini telah membuat konklusi kononnya artis lelaki Singapura berkenaan lain tak bukan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz.

Walau bagaimanapun, yang menjadi persoalan netizen sekarang apa relevannya Yunika minta bantuan Bro Saddiq atas kes yang memang tak ada kena mengena langsung dengan skop pekerjaan menteri tersebut. 

Tiber 1
sumber: twitter

 

“Barulah serumpun, semangat nusantara gitu” 

Apo
sumber: twitter

Apa-apapun kalau betullah individu yang mencuri tu Aliff Aziz, min tak tahulah nak cakap apa lagi. Macam manapun, tahniahlah kepada YB Saddiq sebab berjaya bantu selesaikan kes ni walaupun perkara tu bukan berlaku kat Malaysia. 

Baca: Aliff Aziz Gila Talak? Muat Naik Tweet Nak Kahwin Semula Dengan Bella Astillah!

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.