Suami kepada pelakon Indonesia Jennifer Coppen, Yitta Dali Wassink atau lebih dikenali dengan panggilan Papa Dali telah meninggal dunia pada Khamis lalu, 18 Julai 2024 di Bali.
Lelaki ini yang juga seorang pempengaruh Indonesia terkenal ini telah meninggal dunia akibat kemalangan selepas hilang kawalan ke atas superbike yang dinaikinya di Jalan Sunset Rd., Kuta, Bali.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila mendapat tahu, Dali yang telah pun memeluk Islam ketika menikahi Jennifer ini telah menjalani acara pengebumian tak seperti ajaran Islam dan mayatnya telah dibakar.
Ekoran ini, pengguna media sosial telah mempertikaikan keluarga Jennifer yang tidak mempertahankan jenazah suaminya dari dibakar dan dikebumikan secara Islam.
Apa kisahnya ni?
Artikel berkaitan: Mahalini & Rizky Febian Kahwin, Majelis Ulama Indonesia Anggap Pernikahan Tidak Sah Sebab…
Artikel berkaitan: 5 Selebriti Yang Kahwin Berlainan Agama, Anita Sarawak Pun Pernah?
Siapa Dali Wassink dan kronologi kematiannya
Lelaki berketurunan Belanda dan Thailand ini telah lahir pada 6 Jun 2002 dan merupakan seorang model dan pempengaruh yang sangat terkenal di media sosial.
Dali telah bernikah dengan Jennifer Coppen pada 10 Oktober 2023 dan pernikahan mereka juga pernah menjadi perbualan netizen ekoran jarak umur yang jauh di antara Jennifer dan Dali iaitu 11 tahun.
Ketika bernikah, Dali dikatakan telah pun memeluk Islam dan merupakan seorang mualaf, malah dia juga ada beberapa kali kongsikan yang dia sedang mempelajari agama Islam di media sosialnya.
Dali dan Jennifer kemudiannya dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Kamari Sky Wassink yang lahir pada 22 Disember 2023.
Kemudian, pada 18 Julai 2024, kebahagiaan pasangan ini terputus apabila Jennifer memberitahu bahawa suaminya ini telah meninggal dunia ekoran kemalangan.
Innalillahiwainnailahirojiun. Telah berpulang ke rahmatullah suami tercinta saya Yitta Dali Wassink pada hari Khamis jam 02.20 WITA.”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bali, Kombes Jansen Avitus Panjaitan, ketika kemalangan tersebut berlaku, Dali dikatakan membawa motosikalnya dengan kelajuan yang tinggi sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.
Jansen turut memberitahu bahawa Dali yang menaiki motosikal jenama Kawasaki itu telah terjatuh sendiri tapa melibatkan kenderaan lain. Ekoran ini, dia telah mengalami kecederaan parah di dada, tulang rusuk dan belakang badan.
Dali kemudiannya dikejarkan ke Hospital BIMC, Kuta namun dia tak dapat diselamatkan dan telah diisytiharkan meninggal dunia di sana.
Kontroversi mayat Dali Wassink dibakar
Menerusi Instagram Story, Jennifer telah kongsikan bahawa keluarganya akan mengadakan satu upacara paddle out untuk menaburkan abu jenazah suaminya itu di Pantai Lembeng, Bali pada hari Ahad.
Mayat Dali sebelum ini telah pun dibakar pada hari Jumaat, 19 Julai lalu dan ini telah membuatkan ramai netizen mempersoalkan keputusan keluarganya ekoran Dali dipercayai telah pun memeluk Islam.
Ketika upacara paddle out dijalankan, Jennifer telah mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kenapa dia membuat keputusan untuk membakar mayat suaminya itu.
Menurut Jennifer, memang benar suaminya itu telah pun memeluk agama Islam dan sedang mempelajari Islam. Tapi disebabkan dia masih baru dalam mempelajari agama ini, masih banyak perkara dalam agama yang tidak diketahuinya.
Setiap mau makan baca bismillah, masuk rumah bilang assalamualaikum, sebelum Kamari makan dibacain bismillah. Tapi memang mungkin karena belum belajar banyak, jadi Papa Dali belum tentu mengerti tentang agama Islam.”
Jennifer kemudiannya menjelaskan bahawa keputusan untuk membakar mayat suami tercintanya ini merupakan permintaan terakhir Dali sendiri. Disebabkan ini, Jennifer dan keluarganya membuat keputusan untuk menghormati permintaan tersebut tanpa perlu menjadikan perkara ini sebagai perdebatan di antara mereka.
Itu memang permintaan terakhir Papa Dali untuk dikremasi. Jadi tolong dihargai saja keputusan Papa Dali.”
Tak cukup dengan itu, Jennifer yang juga merupakan seorang beragama Islam menegaskan bahawa dia turut mengadakan acara tahlil bagi mendoakan allayarham suaminya itu.
Aku cuma mau lurusin. Ada yang bilang aku nggak bikin tahlilan, aku bikin kok. Bikin di rumah.”
Melalui Instagram, Jennifer turut kongsikan video yang dia telah melakukan tahlil bersama anak-anak yatim untuk suaminya itu dan mengatakan dia akan terus melakukan perkara tersebut.
Hm berat juga isu ni, kita doa je lah semoga allahyarham dicucuri rahmat dan segala amalannya diterima oleh Allah dan semoga Jennifer menemui kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: Pontidaily, inews, kompas, socialexpat