in

Kem Kotor & Sempit, Nyawa Tahanan Uighur Di Xinjiang Dalam Bahaya Dengan Penularan Novel Coronavirus

Collage 24

Sebelum wabak coronavirus menjadi berita utama setiap hari, kita sering disajikan dengan cerita-cerita penderitaan Muslim Uighur di Xinjiang.

Dengan penularan wabak yang telah meragut lebih 1,000 orang ini, tak pelik kalau Xinjiang juga terdedah dari terkena penyakit ini.

Macam yang korang tahu, Xinjiang mempunyai kem tahanan yang menahan orang-orang dari etnik minoriti Uighur dan Turki. Dalam kem ini, tahanan-tahanan ini telah disumbat ke dalam sel kecil seramai 30-40 orang.

3 1175
Sumber: the patriots

Keadaan kem tahanan ini pula sangatlah teruk kerana bukan sahaja tahanan-tahanan ini didera dan digunakan sebagai “tikus makmal”. Sel yang diberikan untuk mereka juga tak bersih dan dorang tak ada akses untuk penjagaan kesihatan dan rawatan.

Seorang wanita Kazakhstan yang menyaksikan sendiri struktur kem tahanan Xinjiang mengatakan, ada seramai 20 orang dihimpitkan dalam bilik berukuran 16 kaki persegi dan di setiap bilik hanya disediakan satu bekas plastik untuk digunakan sebagai tandas.

Setiap tahanan hanya diberikan masa dua minit sehari untuk gunakan tandas dan bekas plastik tu pulak hanya dikosongkan sehari sekali…”

Bayangkan najis 20 orang dalam bekas kecil hanya dibersihkan sehari sekali je? Bukan tu je, makanan yang diberikan pun sangat teruk dan dorang tak cukup tidur, tempat pun kotor. Hasilnya, tahanan-tahanan dekat situ jadi macam mayat hidup.

Keadaan ini sangat serius dan boleh menjadi lebih teruk kalau keadaan di kem-kem ini dibiarkan tak terurus seperti ini.

Coronavirus Wuhan Virus China Gettyimages 1196451231.0
Sumber: vox

Menurut The Tacoma Ledger, Organisasi Kesihatan Antarabangsa perlu diberitahu tentang perkara ini sebelum penularan coronavirus menjadi lebih teruk. Mana taknya, keadaan kem pun dah jadi masalah besar yang perlukan perhatian dunia dan dengan wabak ini, nyawa tahanan Uighur dan Turki ini memang dalam bahaya!

Arslan Hidayat, aktivis Uighur Australia mengatakan, rawatan Coronavirus telah memenuhi setiap hospital di China, sedangkan rakyat Han sendiri tak mendapat rawatan yang cukup apa tah lagi nak beri rawatan di Xinjiang.

Kalau betul coronavirus ini sampai ke Xinjiang, etnik Uighur tak akan dapat pertolongan seperti di Wuhan atau di bandar-bandar lain.”

Allahu, harapnya virus ni tak sampai sana…

 

Baca: “Makin seram!” – SAH! Coronavirus Yang Dah Bunuh Lebih 1000 Orang Ini Boleh Dijangkiti Melalui Udara!

Collage 20