in

“Makin seram!” – SAH! Coronavirus Yang Dah Bunuh Lebih 1000 Orang Ini Boleh Dijangkiti Melalui Udara!

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sabtu lepas, kerajaan Shanghai telah mengesahkan, wabak membunuh novel coronavirus ini boleh dijangkiti melalui udara!


Menurut Newshub, wabak ini boleh tinggal di udara untuk beberapa tempoh dan boleh menjangkiti orang sekeliling yang bernafas dengan udara tersebut.

Ini berlaku apabila titisan air yang mengandungi virus bercampur dengan udara hingga menyebabkan jangkitan bila dihidu.”

F00392Dc 422D 11Ea 9Fd9 Ecfbb38A9743 Image Hires 084805
Sumber: south china morning post

Kerana ini, Biro Hal Ehwal Awam Shanghai, Zeng Qun menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam mengawal dan mencegah penyakit ini.

Kerajaan China juga telah menyarankan penduduk-penduduknya untuk membatalkan semua aktiviti-aktiviti sosial dan elakkan tempat ramai orang.

9252 678X381 1
Sumber: rio blanco herald times

Ini bermakna, dengan penemuan terbaru ini, wabak coronavirus kini boleh dijangkiti melalui tiga cara:

1. Jangkitan berlaku bila seseorang menghidu udara berhampiran dengan orang yang telah dijangkiti virus ini bila orang tersebut batuk atau bersin.

2. Bila seseorang menyentuh permukaan yang telah tercemar dengan virus ini dan menyentuh mulut, mata dan hidung mereka.

3. Bila seseorang menghidu udara yang dah bercampur dengan virus yang ditinggalkan oleh orang dijangkiti coronavirus.

Macam yang korang tahu, wabak coronavirus ini telah menular di bandar Wuhan pada akhir Disember lalu yang dikatakan berpunca dari pasar basah di sana.

Penyakit ini boleh menyebabkan demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas, untuk kes yang lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan paru-paru berair dan kegagalan organ.

Setakat ini, coronavirus telah meragut sebanyak 1,016 nyawa dan menjangkiti lebih 42,638 orang. Di luar China pula, hanya ada dua kematian, satu di Filipina dan satu di Hong Kong.

Allahu, stay safe korang!

 

Baca: “Dalam masa 15 saat je” – Lelaki Sihat 56 Tahun Dijangkiti Coronavirus Lepas Hanya Sebab Berdiri Bersebelahan Pesakit

Screenshot 2020 02 11 At 11.57.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.