in

Keluarga Cemas Tertinggal Anak Tidur Dalam Kereta, Tersedar Selepas 15 Minit

Anak 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular beberapa kes anak tertinggal di dalam kereta ketika cuaca panas dan ramai orang menyalahkan waris kanak-kanak itu kerana cuai.


Satu perkongsian yang dimuat naik oleh @farishal83 di TikTok baru-baru ini memaparkan beberapa video tangkap layar di sekitar rumahnya.

Tertinggal anak dalam kereta

Menerusi laporan New Straits Times, kejadian itu berlaku sekitar jam 2 petang di sebuah taman perumahan yang terletak di Selangor. Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun itu tidur dan tertinggal di dalam kereta sebelum disedari oleh keluarganya 15 minit kemudian.

Artikel berkaitan: Ramai Minta Haramkan Cermin Gelap Untuk Elak ‘Anak Tertinggal’ Dalam Kereta, Ini Respon Anthony Loke

Artikel berkaitan: :Lupa ke pernah beranak?” – Pasangan Singapura Tertinggal Anak Dekat R&R , Lepas 2 Jam Baru Perasan

Setelah itu, ahli keluarga yang lain berlari ke arah sebuah kereta yang diparkir di luar rumah. Mereka nampak cemas ketika cuba mengeluarkan kanak-kanak tersebut. Dapat dilihat keadaan kanak-kanak itu agak lemah ketika dibawa keluar daripada kereta itu.

Sejarah hidup tak pernah lupa..tapi kali ni jadi pengajaran…anak tertidur dalam kereta belah belakang..tak ingat keluarkan..15 minit jugak..semuanya selamat..

Dipercayai kanak-kanak itu tertidur di tempat duduk belakang kereta ketika ibunya menghantar adik beradik yang lain untuk sesi persekolahan petang.

Suhu panas lepas solat Jumaat

Dalam video lain yang dimuat naik, bapa kepada kanak-kanak itu terus memeriksa dan cuba duduk di dalam kereta tersebut. Katanya, suhu ketika itu adalah 42 darjah Celcius.

Cerita lepas kejadian.. papa pergi periksa kereta dan cuba duduk di dalam.. suhu semalam 42 darjah lepas solat jumaat.

Kejadian itu dianggap sebagai pengajaran dan dia membuat kesimpulan daripada apa yang telah terjadi.

Walaupun kereta dah berkunci..lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual. Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan air-cond 15-20 minit yang lepas. Mujur cermin tingkap depan kiri kanan dibuka sedikit sebab terlalu panas ada ruang oksigen masuk.

@farishal83

Sejarah hidup tak pernah lupa..tapi kali ni jadi pengajaran…anak tertidur dlm kereta belah belakang..tak ingat keluarkan..15 minit jugak..semuanya selamat..

♬ Dj Entah Siapa Yang Salah – Alengka Record

Di ruangan komen, rata-rata netizen menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang sama.

Anak 1 Anak 2 Anak 3

Allahu, nasib baik semuanya selamat..

Sumber: TikTok, New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.