Makin hari makin banyak cerita anak-anak abaikan ibu bapa. Kalau hantar dekat rumah orang tua tu boleh terima lagi, at least makan pakai terjaga, tapi kalau dah sampai dibiarkan tepi jalan tu memang tak boleh nak diterima.
Baru-baru ni, seorang netizen telah memuatnaik gambar seorang pakcik yang dikatakan ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan. Posting netizen ini telah dimuatnaik semula oleh Penang Kini dan mendapat banyak reaksi dari netizen.
Menurut Norshuhada Shuib, pada hari Rabu lalu, peniaga di depan rumahnya melihat sebuah kereta berwarna kelabu menurunkan seorang pakcik bertongkat dan berlalu pergi meninggalkan orang tua itu di tepi jalan.

Peniaga ini kemudiannya memanggil Norshuhada dan mengatakan ada orang tua kena tinggal oleh anaknya di depan rumahnya.
“Uncle tu ke hulu ke hilir cari anak dia..dia jumpa kak, dan tanya, ada jumpa kereta tadi tak? Kak cakap kereta tu dah pergi uncle..uncle tu tanya lagi mana dia pergi? uncle tu cakap tu anak dia..uncle terus jalan..”
Sejurus selepas mendengar penjelasan peniaga tersebut, Norshuhada terus menghidupkan keretanya dan mencari pakcik tersebut. Kira-kira 200 meter dari rumahnya, dia menemui pakcik itu dan meminta orang tua tersebut untuk masuk ke dalam keretanya.
Saya berhenti tanya nama apa semua..tinggal mana semua tak ingat..kad pengenalan xda,anak simpan..dalam kocek ada rm1..pastu pegang plastik kerepek..”
Selepas singgah beli air untuk hilangkan dahaga pakcik ini, Norshuhada telah membawa dia ke balai polis Jitra dan meminta kalau ada orang yang mengenali pakcik ini untuk bantu pihak polis mencari warisnya kerana pakcik ini tak ingat apa-apa.
https://www.facebook.com/penangkini/posts/2609518785952257?__tn__=-R
“Tergamaknya buat ayah macam ni”
Netizen di Facebook telah meluahkan rasa kesian dan simpati atas nasib pakcik ini, pun begitu ada juga yang husnuzon dan cakap mungkin pakcik ni keluar rumah sendiri dan tak ingat jalan pulang…
Apa-pun cerita sebenar disebalik insiden ini, admin harap pakcik ini berada dalam keadaan selamat sekarang ni.