in

“Biadap!” – Mak Ayah Basah Kuyup Naik Motor Nak Hantar Laptop, Anak Suruh Tinggalkan Dekat Pak Guard Je?

Ungrateful Daughter Refuses To See Parents Despite Making Their Way On Scooter From Johor To Send New Phone In Selangor World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mak ayah sanggup berkorban apa saja demi anak, tapi anak belum tentu dapat buat benda yang sama.


Macam kisah yang tular di Facebook baru-baru ni tentang seorang anak yang tak nak jumpa mak ayahnya walaupun dia tahu parents dia datang dari Johor ke Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) di Selangor dengan hanya menaiki motor!

Dalam satu posting dari Melaka Kini yang telah pun dipadamkan, seorang netizen telah kongsikan macam mana pasangan berusia dalam lingkungan 50-an bawa motor dari Johor hingga ke Selangor hanya untuk hantar laptop yang diminta oleh anak perempuan mereka.

Ungrateful Daughter Refuses To See Parents Despite Making Their Way On Scooter From Johor To Send New Phone In Selangor World Of Buzz 3
Sumber: fb

Sumpah celaka. Mak bapa kau ride skuter cabuk tu dari pt besar Batu Pahat ke kolej KUIS Selangor jam 3 petang berpanas semata nak hantar laptop yang kau mintak.”

Menurut netizen ini lagi, sesampainya mak ayah ini di KUIS, dorang cari anak perempuannya tapi tak jumpa namun bila call…

Dia call kau, kau mintak mak bapak letak laptop yang kau mintak tu dekat post guard je???

Apa yang membuatkan netizen ni marah bila anak perempuan pasangan ni tak nak langsung jumpa dengan mak ayahnya yang datang dari jauh.

Kau tak nak ke jumpa mak bapak kau pompuan bodo. Kau sedar tak mak kau bawak motor tu dengan bapak kau yang berkantung usus kat luar semata nak tunaikan apa yang kau nak… At least jumpalah puaka.”

Dia menambah, kerana kesian, rider-rider di highway telah teman kedua ibu bapa ni dari jejantas Ayer Keroh hingga ke rumah mereka di Johor dalam keadaan cuaca hujan dan basah kuyup.

Ungrateful Daughter Refuses To See Parents Despite Making Their Way On Scooter From Johor To Send New Phone In Selangor World Of Buzz 4 768X575 1
Sumber: fb

Balik kg cium sujud kaki mak bapak kau mintak maaf sebelum kau tak diterima bumi. Anak derhaka pun tak macam kau. Insaf dan taubat tak pernah terlambat. Tengok muka mak bapak kau dan sedarlah pokemon.”

Korang boleh baca cerita penuh dekat gambar bawah ni:

Ungrateful Daughter Refuses To See Parents Despite Making Their Way On Scooter From Johor To Send New Phone In Selangor World Of Buzz
Sumber: wob

Pun begitu, belum ada cerita dari pihak anak perempuan pasangan ini lagi tentang kenapa dia tak nak jumpa dengan ibu bapanya.

Admin harap anak dorang ni adalah sebab yang kukuh kenapa dia tak boleh nak jumpa parents dia. Mungkin tak ada dekat kolej kot… Apa-apa pun harapnya kisah ni boleh jadi pengajaran dekat orang lain untuk lebih menghargai jasa mak ayah kita.

 

Baca: Bapa Yang Baik, Tapi Seorang Anak Derhaka Pada Ibunya…

Screenshot 2019 12 16 At 12.27.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.