in

Kecoh Tentang Drama Terbaru Astro One Cent Thief, Aman Shah Tepis Dakwaan Bahawa Ia Adalah Tentangnya

F1 Oct

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh pula tentang drama siri terbaru Astro Originals iaitu One Cent Thief yang bakal ditayangkan bermula 8 Oktober ini.


Drama yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle (yang memegang watak sebagai Iman Syah) itu dikatakan telah dibuat berdasarkan kisah benar yang pernah terjadi di negara kita ini beberapa tahun lalu.

3

Ramai netizen yang mendakwa ia telah dibuat berdasarkan kisah Pencuri 1 Sen yang dikenali sebagai Aman Shah.

Kalau korang nak tahu lanjut tentang kisah tersebut, boleh baca di sini dulu.  Namun, setelah ramai yang mendakwa sedemikian, si empunya badan iaitu Aman Shah sendiri telah tampil menjelaskan bahawa drama terbaru Astro itu tiada kena mengena dengan dirinya.

2

Dalam satu kenyataan di Facebook, Aman Shah mengatakan cerita 1 sen tersebut adalah fiksyen dan tiada kena mengena dengan dirinya yang masih hidup.

Dah namanya pun inspirasi kan…,” katanya. 

Meninjau ke ruangan komen, ada juga netizen yang bertanya adakah pihak drama tersebut ada meminta kebenaran daripada tuan empunya badan sebelum membuat drama tersebut, Aman Shah menjawab X (di Malaysia X selalunya membawa maksud tidak atau tak).

Manakala di dalam trailer drama tersebut pula, mereka mengatakan bahawa drama itu diinspirasikan daripada kisah benar yang terjadi di Malaysia.

Apa-apa pun, min tak sabar nak tengok siri terbaru ni sebab dari trailer nampak macam gempak kan. 

Sumber: Facebook 

Baca: “Dia pencuri 1 sen legend ni”- Penulis Dedahkan Kisah Realiti Sebenar Tentang Kes Aman Shah & Wajah Terbarunya

1

Sumber: Blog
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.