in

Penerbit Upin Ipin Dedah, Nak Buat ‘Taman Tema Interaktif Upin Ipin’ di JB, Ala Kampung Durian Runtuh

Taman Tema Upin Dan Ipin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, kartun animasi 3D, Upin & Ipin kini terkenal di serata Nusantara dan sering menjadi sebutan peminat di Indonesia.

Punyalah minat dengan animasi ini, kita sering dengar warga Indonesia bertanya dengan orang Malaysia sendiri mengenai watak-watak dalam kartun ini dan sama ada Kampung Durian Runtuh tu benar wujud ke tak? Tudiaa punyalah suka dorang dengan animasi ni! 


Upin Ipin

 

‘Tok Dalang’ rancang bina Taman Tema Interaktif Upin Ipin

Seakan-akan memahami kehendak peminat, Haji Burhanuddin Md Radzi selaku pengasas dan penerbit Les’ Copaque yang menerbit Upin Ipin mendedahkan bahawa mereka dalam perancangan untuk membina Taman Tema Interaktif Upin Ipin.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Hj Burhan yang juga dikenali sebagai ‘Tok Dalang’ ini memberitahu mereka telah menemui tanah yang sesuai untuk dijadikan taman tema ini di Johor Bahru.

https://www.facebook.com/100000165800994/posts/5300469833301824/?d=n

 

Kami akan merancang ia secepat mungkin dan harapnya dapat beroperasi pada Januari 2023. Ia akan jadi tempat tarikan baru di JB untuk semua peminat di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei,” tulisnya.

 

“Tak ada roller coaster mahal, hanya Kampung Durian Runtuh”

Sebaik memuat naik posting tersebut, beliau telah menerima pelbagai cadangan daripada peminat Upin Ipin dan salah satunya memberi cadangan supaya taman tema itu berkonsepkan Kampung Durian Runtuh.

Bersetuju dengan cadangan tersebut, Hj Burhan juga berkata, tiket bagi taman tema tersebut sudah pastinya berpatutan supaya semua peminat boleh merasai pengalaman seperti berada di kampung itu.

https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/5311723928843081

 

“Kenapa tak ambil alih MAPS?” 

Meskipun mendapat pelbagai komen daripada peminat yang tidak sabar dengan idea taman tema tersebut, ada juga yang bertanya, mengapa pihak penerbit tidak ambil alih saja MAPS dari buat sesuatu yang baru.

Beli Maps

Pun begitu, Hj Burhan menerusi satu lagi posting menjelaskan beberapa faktor yang menyebabkan mereka tidak bercadang untuk mengambil alih MAPS seperti modal yang besar, kawasan yang kurang strategik, masalah harta intelek dan lain-lain lagi seperti yang dinyatakan di bawah.

https://www.facebook.com/hjburhan.radzi/posts/5307681565913984

 

Tujuan Johor Bahru dipilih pula ialah kerana tempatnya yang strategik memudahkan peminat dari Riau, Bentan, Pekan Baru dan sekitar Sumatera datang mengunjungi taman tema itu.

Apa-apapun fans Upin Ipin mesti dah tak sabar-sabar menunggu projek ini direalisasikan kan? Marilah kita doakan semoga semuanya dipermudahkan kelak. 

Baca: “Mana Upin Ipin??” – Jalan Kaki 2 Minit Masuk Malaysia, TikTok Lelaki Indonesia Buat Netizen Geli Hati

Mana Upin Ipin

Sumber: Blog
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.