in

Kecoh Model Berpakaian Seksi di Kedah Fashion Week 2022, Rupanya ‘Event’ Tiada Permit?

kedah baq hang fashion week terdedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini penganjuran acara fesyen iaitu Kedah Fashion Week 2022 yang dihadiri beberapa selebriti terkenal termasuklah pelakon Rozita Che Wan bagi memeriahkan majlis.

Namun minggu fesyen ini tiba-tiba dicemari dengan insiden agak memalukan apabila seorang model dilihat hadir dengan pakaian menjolok mata iaitu hanya dengan memakai sut potongan formal serba hijau tanpa kemeja atau blouse di dalamnya.


Lebih mengejutkan apabila model ini dilihat mendedahkan bahagian dada hingga ke perut tanpa memakai pakaian dalam. Aduhai… 

298066136 367878798833467 7875575039797247024 n

298290876 367878828833464 538598446003667253 n

“Seriuslah kat Kedah, ingat kat London!” 

Gambar yang tular itu telah mendapat pelbagai komen negatif netizen yang terkejut dengan tindakan ‘berani’ model tersebut dan mengecam pihak penganjur kerana membiarkan perkara sebegini berlaku.

pakai seksi

Tak mohon permit, penganjur bakal kena tindakan

Susulan isu tersebut, kerajaan negeri Kedah dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil mereka untuk beri penjelasan mengapa tampilkan model dengan pakaian menjolok mata.

Menurut Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan yang dibuat juga mendapati pihak penganjur tak memohon permit dan tak dapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

DR. MOHD. HAYATI OTHMAN 1

Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Harapnya perkara begini tidaklah berulang. Macam dekat Milan, Paris dah gayanya min tengok. 

Baca: “Tak malu ke pakai macam ni” – Lelaki ‘Sound’ Peniaga Lepas Sesuka Hati Tegur Pakaian Isteri

tak malu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.