in

“Tak malu ke pakai macam ni” – Lelaki ‘Sound’ Peniaga Lepas Sesuka Hati Tegur Pakaian Isteri

Ft Suami Bengang Lelaki Pervert Ganggu Isteri

Satu video mendapat perhatian netizen semalam apabila ada lelaki memarahi seorang individu kerana berkelakuan aneh sambil menyindir seorang wanita.

Wanita yang ditegur itu merupakan isterinya, dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok yang telah meraih 3.8 juta jumlah tontonan dalam masa 16 jam itu menjelaskan bahawa lelaki itu tengok atas bawah cara yang dianggap  pervert kepada wanita ini.

 

“Tak malu ke pakai macam ni”

Dalam masa yang sama, wanita yang dikenali sebagai Mia Khalida ini terdengar ayat berbaur sindiran, jadi dia terus maklumkan hal ini kepada suaminya.

Oleh yang demikian, terjadilah satu insiden sepertimana yang terjadi dalam video tersebut, katanya itu adalah pertama kali dia melihat suaminya marah-marah sebegitu.

“Jaga adab tu bang”

https://www.tiktok.com/@miakhalidah/video/7126533712145108251?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong tindakan lelaki ini dan ada juga yang mempertikaikan tindakan dan cara pemakaian wanita tersebut, malah ada juga yang mempertikaikan cara wanita ini ambil teguran daripada lelaki tersebut.

Dengan reaksi-reaksi sebegini, Mia ada muat naik satu lagi video dan menunjukkan apa yang dipakainya itu.

Dalam pada itu, Mia turut menjelaskan bahawa dia bukanlah berniat untuk membuatkan lelaki tersebut dikecam tapi cara yang dia buat itu lebih kearah sindiran dan gangguan kerana cara dia melihat wanita tersebut lain macam.

Katanya sebagai wanita, pasti mereka akan tahu bagaimana rasa jika dipandang seseorang dengan cara pervert.

Dalam kenyataannya itu juga, Mia juga turut memohon maaf bagi pihak suami yang membuat teguran itu, Mia turut menjelaskan bahawa suaminya itu marah dengan kelakuan ‘pervier’ dan sinis lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Mia menjelaskan mengenai perihal aurat, pastinya dia rasa terpanggil untuk menutupnya tetapi dia dalam fasa mencuba sedikit demi sedikit, jelasnya lagi suaminya ada juga membuat teguran kepadanya mengenai hal ini.

https://www.tiktok.com/@miakhalidah/video/7126767219018616091?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ia dijelaskan susulan dengan pertikaian netizen terhadap integriti suaminya sebagai ketua keluarga. Malah, Mia menyatakan mungkin apa yang membuatkan suaminya dipertikai adalah kerana ada sentuh bab dosa pahala seseorang dalam video dia marah itu.

Dalam pada itu, Mia juga turut menjelaskan bahawa pemakaiannya itu tidak mencolok mata dan dia sedar bahawa dia ada suami, malah dia juga tahu batas-batas pemakaian jika berada di tempat umum.

Baca :  “Dia try hard gila nak buka baju aku” – Wanita Hampir ‘Dirosakkan’ Lelaki Pervert Lepas Tayar Meletup Tepi Highway

Latar