Awal minggu ini, portal hiburan negara seberang kecoh memperkatakan mengenai khabar angin bahawa penyanyi Indonesia terkenal yang juga isteri kepada pelakon kelahiran Malaysia, arwah Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Malah menurut laporan, BCL juga berjiran dengan bakal mertuanya yang juga ibu bapa kepada Tiko Wardhana di kawasan kediaman mewah di Jakarta, Indonesia.
Hal ini juga disahkan oleh ketua rukun tetangga kawasan kediaman penyanyi tersebut yang dikenali sebagai Mahmud yang mengatakan rumah mereka bersebelahan.
Benar mereka merupakan jiran malah rumah mereka bersebelahan,” katanya.
Namun, bakal suami BCL iaitu Tiko Wardhana difahamkan tidak menetap dengan ibu bapanya walaupun masih tinggal di kawasan berdekatan.
Dalam pada itu, Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Jakarta, Daud Damsik telah mengesahkan yang pihaknya sudah mengeluarkan surat sokongan unutk perkahwinan BCL dan Tiko pada 24 November lalu.
Surat sokongan itu katanya hanya sah selama 10 hari bekerja dan pasangan itu perlu melangsungkan perkahwinan sebelum 8 Disember.
Pernikahan itu tidak boleh lewat daripada 10 hari waktu bekerja selepas surat sokongan dikeluarkan.
“Semua dokumen sudah lengkap dan Ahad lalu kami sudah terima surat keizinan bernikah daripada Bunga dan calon suaminya,” katanya.
BCL dan Tiko juga dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah resort di Bali, Indonesia.
Sebelum ini, Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan.
Pada Februari 2020, Ashraf dilaporkan meninggal dunia semasa tidur akibat serangan jantung.
Sumber: mStar