Entah apalah yang terlintas dekat fikiran dorang sampai dorang boleh tergamak nak buat macam ni?
Menurut The Sun, baru-baru ini dua remaja dari Filipina telah ditangkap kerana didakwa cuba merompak dan merogol mayat seorang wanita, Isabel Bastatas yang berusia 84 tahun sebelum meninggalkan mayat tersebut dengan kaki terkeluar dari keranda.
Perbuatan dua remaja ini diketahui selepas keluarga wanita tua itu melawat kuburnya sehari selepas pengebumian dan menemui keranda wanita ini telah dibuka.
Mayat Isabel disyaki telah dirogol lepas dorang tengok pakaian dalam wanita ni dah tak ada dan ada tanda-tanda hubungan seksual dilakukan.
Pihak polis telah pun menahan dua remaja ini dan mengesyaki dorang merompak mayat Isabel kerana memikirkan yang wanita ini mungkin mempunyai barang berharga yang ditanam bersamanya.
“Tangkapan dibuat selepas saksi tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.”
Pihak polis masih siasat jumlah barang yang telah dicuri dari mayat ini juga akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan sama ada betul atau tak mayat tersebut telah dirogol.
Keluarga Isabel mengatakan yang dorang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa suspek walaupun dua suspek ini menafikan penglibatan mereka.
Baca: “I suka sgt bau mayat” – Seram, Lelaki ‘Mengaku’ Suka Bau Mayat – Obses Dengan Darah Manusia