Sehari selepas tular, keadaan terkini sekitar masjid ikonik di Terengganu iaitu Masjid Kristal dilaporkan sudah kembali bersih.
Menerusi perkongsian di media sosial, keadaan kolam yang berlumut telah dibersihkan manakala penggantian baharu juga dilakukan terhadap beberapa struktur kayu yang reput sebelum ini.
Nafi sengaja biarkan Masjid Kristal kotor
Menurut laporan Kosmo!, Pengurus Besar Taman Tamadun Islam (TTI), Mohd Fadhil Wahab menafikan pihaknya sengaja membiarkan Masjid Kristal berada dalam keadaan uzur.
Artikel berkaitan: “Under renovation ke terbengkalai?”- Ramai Persoal Status Masjid Kristal Lepas Tengok Perkongsian Lelaki Ini
Artikel berkaitan: 7 Masjid Unik di Asia Anda Perlu Lawat Sekurang-kurangnya Sekali Seumur Hidup
Jelasnya, kerja-kerja penyelenggaraan di TTI yang seluas 23 hektar sedang dijalankan secara berperingkat.
“Hujan lebat berturut-turut yang turun sejak beberapa hari sebelum ini menyebabkan air kolam tersebut menjadi kotor dan berlumut.
“Apapun kita sudah membersihkannya semalam. Gambar (kolam berlumut) yang tular itu berlaku sebelumnya,” katanya.
Menurut Mohd Fadhil, kerja-kerja penyelenggaraan TTI termasuk Masjid Kristal sebenarnya sudah berlangsung sejak berakhirnya pandemik Covid-19 kira-kira tiga tahun lalu tetapi ia mengambil masa ekoran keluasan kawasan dan kosnya yang tinggi.
Semalam, tular di media sosial mengenai kawasan masjid berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak terjaga apabila didapati keadaanya kelihatan kotor, usang dan kolam air yang keruh serta berlumut.
Bukan itu sahaja, keadaan laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada kayu juga sangat membimbangkan. Beberapa bahagian dilihat patah, berlubang dan pecah sehingga berisiko membahayakan pengunjung.
Ramai yang menyatakan rasa malu melihat keadaan masjid yang menjadi lambang agama Islam tidak dijaga dengan baik.
Sumber: Kosmo!