in

“Under renovation ke terbengkalai?”- Ramai Persoal Status Masjid Kristal Lepas Tengok Perkongsian Lelaki Ini

Fi Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja Masjid Kristal, Terengganu mesti ramai yang dah boleh bayang betapa tersergam indahnya masjid tu kan? Dulu masa zaman sekolah, kalau ada lawatan ke Terengganu min rasa bukan min sorang je, korang pun excited kan nak tengok Masjid Kristal?


Binaan unik yang siap dibina pada tahun 2008 ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia pada ketika itu yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan para pengunjung menggunakan kemudahan akses internet untuk membaca Al-Quran elektronik.

Pada suatu ketika, masjid yang terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu ini menjadi salah satu tarikan utama para pelancong kerana keunikannya yang dibina dengan kaca dan keluli. Para pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dan menunaikan ibadat di dalam masjid tersebut.

“The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu”

Pun begitu, perkongsian seorang lelaki melalui akaunnya @aazmeeriskndr di laman Twitter baru-baru ini telah sedikit-sebanyak mengundang rasa sedih orang ramai terhadap situasi terkini masjid itu. Niatnya yang ingin berkongsikan gambar panorama cantik sewaktu matahari terbenam di kawasan masjid itu telah pun mengundang perhatian ramai dengan kapsyennya; “The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu”.

Kebanyakan yang melihat perkongsiannya itu tertanya-tanya status terkini masjid tersebut sama ada memang terbengkalai atau pun masih dalam proses penyelenggaraan. Di ruangan komen pula, ramai yang berkongsikan gambar dan pengalaman mereka ke masjid itu.

Ada yang mengatakan masjid tersebut sudah tidak dibuka untuk solat kerana sedang dalam proses penyelenggaraan. Terdapat atap yang runtuh di kawasan dalam masjid. Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan tempoh membaik pulih memakan masa yang sangat lama iaitu sudah hampir dua tahun.

Komen Masjid

Tetapi, walaupun kawasan dalam masjid ditutup, orang ramai masih lagi boleh datang untuk bergambar di kawasan luar sementara ia siap dibaik pulih sepenuhnya.

Kalau betul ia masih dalam proses renovation, semoga cepat siap lah. Tapi kalau memang betul terbengkalai, semoga ada pihak bertanggungjawab yang akan ambil tindakan. Semoga lepasni para jemaah boleh beribadat kembali di Masjid Kristal…aamiinnn…

Baca: Lambat laun jadi spot paranormal- Terbiar Terbengkalai, Ramai Sedih Lihat Keadaan Terkini MAPS Ipoh

Baca Masjid

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.