in

“Kau pergi cari kereta lain lah” – Pemandu E-hailing Tak Nak Hantar Penumpang & Halau Dekat ‘Pickup Point’ Sebab Tambang RM6

Mycar6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan harga tambang murah, layanan yang wanita ini terima daripada pemandu e-hailing amat mendukacitakan. Tak tentu pasal dia kena jadi tempat lepas geram pemandu tu.



Pelanggan yang sepatutnya menunggu di tempat pickup point tapi di tunggu tempat lain, bila di hubungi, dia jawab macam nak tak nak sampaikan wanita ini terpaksa meredah hujan demi memudahkannya, tapi bila ditanya kenapa tak ambil di pickup point itu dengan penuh biadap dia menjawab…

 

Bayar RM6, lepas tu nak saya ambil awak kat mana awak nak?”

Seperti yang kita sedia maklum, untuk menggunakan khidmat e-hailing, pengguna harus membuat tempahan melalui aplikasi yang disediakan, dari situ ia akan menetapkan harga tambang.

Mungkin malas nak layan harga tambang muurah, layan buruk yang diberikan itu semakin melampau apabila dia sanggup patah balik perjalanan ke pickup point sebab tak nak hantar wanita ini hanya kerana harga tambang murah.

Semasa mereka masih di dalam penumpang kereta tu, bermacam-macam ayat kasar yang keluar dari mulutnya malah memarahi penumpangnya.

Ketika wanita ini cuba ajukan aduan di laman Twitter syarikat tersebut, akaun itu dilihat seperti telah ‘digantung’ .

Perkongsian yang meraih dalam 300 retweets itu telah mengundang rasa marah terhadap warganet yang pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

 

Dah lah kurang ajar, siap tengking – Netizen

Mycar Mycar2 Mycar3

Baca :  “Miskin ke tak leh sewa lori or kereta?” – Student Kena Bash Semula Selepas Kutuk Pemandu E-Hailing

Hailing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.