Semenjak perkhidmatan e-hailing diperkenalkan di Malaysia, memang mudah sangatlah nak pergi ke sana sini.
Tak perlu lagi tunggu bawah panas terik untuk pengangkutan awam yang tak tepati masa.
Guna kenderaan e-hailing untuk pindah rumah?
Kemudahan membuat pesanan bagi mendapatkan khidmat kenderaan e-hailing menyebabkan ia antara pilihan masyarakat masa kini.
Tapi mengejutkan apabila ada yang guna untuk bawa barang semasa berpindah rumah. Hmmm…
Amboi, marah sangat sampai berdendam nak rendahkan rating driver tu ek?
Menurut original post, dia adalah seorang student yang nak memindahkan barang dari satu hostel ke hostel lain.
Papan seterika, beg, bantal, baldi, penyidai baju
Dalam gambar dikongsikan, boleh nampaklah yang student ni bawa papan seterika, beberapa beg berisi pakaian, penyidai baju, bantal dan baldi.
Dan semuanya disumbatkan sekali ke dalam kenderaan e-hailing itu.
Ko sumbat gitu je papan seterika, tak koyak ke kereta orang tu adik?!
“Why should I? Before ni I shopping sampai 5-6 bag ok je?”
Terkejut dengan kenyataan student ini, ramai jugalah yang menegur kata-katanya itu.
Tapi respond dia pulak..hmmm macam tak nak terima je apa orang kata.
“Itu kereta personal dia. Marahlah buat macam lori”
Betullah tu. Kalau kita bagi rating rendah-rendah, nanti driver e-hailing tu tak boleh bawa kereta lagi. Dapat penalti.
Tapi kalau korang jadi driver tu, bagi juga ke tak dia bawa semua barang-barang ni? Ke cancel je order?
Baca: “Kurang ajar kau, Dah lah tua bangka” – Pemandu E-Hailing Ludah & Tumbuk Rahang Wanita 63 Tahun