Bila tiba bulan Ramadan, solat sunat terawih adalah antara ibadah yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam. Tapi, tak ramai yang sanggup nak solat sampai rakaat ke-20 lagi-lagi kalau imam baca doa panjang. Betul tak?
Lain pula dengan Masjid Padepokan Al-Busthomi yang terletak di Desa Sinarancang, Ciberon, Indonesia ini. Menurut Liputan6, setiap malam, ratusan jemaah akan membanjiri masjid ini dan akan menunaikan solat sunat sehingga 23 rakaat.
Cuba korang tengok video kat bawah ni, memang laju betul dorang solat. Patutlah dorang boleh habiskan 20 rakaat ni dalam masa 7 ke 10 minit je. Fuh
Menurut ustaz di masjid ini, walaupun dorang solat laju kerana menggunakan ayat-ayat yang pendek tapi pergerakan solat mereka tetap dilakukan secara tertib dan padat.
Solat sunat cepat ini telah menjadi tradisi masjid ini sejak awal ia ditubuhkan lagi. Kerana itu, masjid ini menjadi tarikan masyarakat setempat untuk menunaikan solat.
Jemaah-jemaah yang pergi ke masjid ini juga yakin solat mereka diterima sebagai ibadah.
Pelaksanaan tarawih sesuai standar dan syariat Islam. Gerakan salat biasa akan tetapi semakin cepat semakin baik.”
Biasanya, lepas mereka selesai solat sunat terawih, sebahagian dari jemaah akan meneruskan ibadah mereka dengan bertadarus atau membaca Al-Quran.
Kalau kat Malaysia ada masjid macam ni, confirm setiap malam masjid penuh.