Sebuah sekolah di Petaling Jaya hari ini diselubungi dengan rasa cemas sehingga membuatkan ibu bapa bergegas ke kawasan sekolah tersebut selepas menerima mesej mengenai kejadian tikaman yang membabitkan 2 pelajar.
Salah seorang bapa kepada pelajar daripada sekolah tersebut, Bala Chandran, 66, berkata, mesej dan gambar yang tersebut di WhatsApp membuatkan ramai ibu bapa termasuk dirinya rasa tidak tenteram dan segera ke sekolah bagi memastikan keselamatan anak masing-masing.
Artikel berkaitan : “Satu kejadian menyedihkan” – Pelajar Lelaki T*kam Pelajar Perempuan Hingga M*ut Sudah Ditahan
Artikel berkaitan : Pengawal Keselamatan Sekolah & Kekasih Didakwa C*bul Pelajar Darjah 3 Dalam Tandas
“Kami panik bila tengok mesej itu. Sekolah ini sekolah yang bagus, jadi bila dengar berita ada pelajar meninggal dunia, semua terkejut dan risaukan keselamatan anak masing-masing.”
“Ia satu kejadian menyedihkan. Harap pihak berkuasa dan pihak sekolah ambil langkah pencegahan supaya perkara ini tidak berulang.”
Dalam pada itu, seorang nenek kepada seorang pelajar Tingkatan 3, Zunaida Sudik berkata dia juga turut bergegas ke sekolah selepas terima mesej daripada guru yang meminta ibu bapa mengambil anak mereka lebih awal.
“Tadi cikgu sekolah maklumkan dalam group, suruh ambil anak-anak. Lepas itu, semua murid pun jadi cemas. Kita pun takut, risau kalau berlaku apa-apa. Cucu saya Tingkatan Tiga, jadi saya terus datang.”
Kataya, kejadian tersebut sangat mengejutkan sebab ia adalah kali pertama insiden seumpamanya yang berlaku di sekolah berkenaan.
Sebelum ini, pihak polis mengesahkan bahawa ada ada seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia dalam kejadian berkenaan, manakala seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber : Bulletin TV3