in

“Kalau tak ada duit, jangan sentuh” – Jurujual Di Thailand Sindir Pelanggan Dipecat Sebab Terlalu Biadap

ft bangkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video sedang tular di media sosial di Thailand berhubung dengan kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Bangkok iaitu Red Building Vintage Chatuchak yang telah mengakibatkan seorang jurujual dipecat serta-merta selepas berurusan dengan seorang pelanggan wanita.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada 16 November lalu, pelanggan tersebut sedang melihat-lihat bersama keluarganya dan mengambil sebuah kotak logam untuk ditunjukkan kepada anaknya. Bagaimanapun, jurujual tersebut datang dan memberikan komen biadap


Artikel berkaitan : “Belajar setakat SPM, dah lah tak handsome” – 2 Jurujual Kereta Kantoi Hina Bekas Pekerja Ketika ‘Live’

Artikel berkaitan : Pelancong China Puji Jurujual Di Pavilion KL Sebab Tak ‘Judge’ Pemakaian

 

“Awak akan lebih bijak jika awak bertanya dahulu. Jika awak tidak membeli, jangan sentuh. Ada papan tanda dilarang sentuh di sana, tak nampak ke?”

Pelanggan tersebut telah meminta maaf, dan menjelaskan yang dia hanya nampak papan tanda “Terima kasih” dalam bahasa Inggeris, bukannya arahan “Jangan sentuh”.

Tidak terhenti di situ, jurujual tersebut memperbesarkan isu insiden tersebut, dikatakan dia menghampiri kedai lain untuk ‘mengata’ pelanggan tersebut, dengan alasan kononnya pelanggan itu telah membuka kotak logam tersebut dan tidak menutupnya kembali.

Malah, jurujual tersebut juga berkata kepada pelanggan,

“Kalau awak tak ada duit, jangan datang sini sentuh apa-apa.”

https://www.tiktok.com/@besttawankim/video/7573599929319312660?q=%E0%B8%95%E0%B8%B6%E0%B8%81%E0%B9%81%E0%B8%94%E0%B8%87%E0%B8%94%E0%B9%88%E0%B8%B2%E0%B8%AA%E0%B8%99%E0%B8%B1%E0%B9%88%E0%B8%99%E0%B8%9B%E0%B9%89%E0%B8%B2%E0%B8%9B%E0%B8%B2%E0%B8%81%E0%B8%94%E0%B8%B5&t=1763533977315

Ketika pelanggan tersebut bersemuka mengenai kata-kata sinis tersebut, jurujual itu mengatakan yang dia hanya bergurau dan meminta maaf. Bagaimanapun, pelanggan tersebut tidak menerima alasan tersebut.

Menurut sumber Bangkok Post, video berkenaan telah meraih lebih daripada 5 juta jumlah tontonan, difahamkan ramai netizen di ruangan komen mempunyai pengalaman serupa dengan jurujual tersebut.

Oleh itu, Selasa lepas, pihak pengurusan Red Building Vintage Chatuchak mengumumkan bahawa selepas perbincangan dilakukan dengan vendor tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberhentikan jurujual itu dan ia berkuat kuasa serta-merta.

5856586

Pihak pengurusan itu juga memohon maaf atas kejadian tersebut dan mengucapkan terima kasih atas pemahaman orang ramai, mereka turut menjelaskan yang mereka amat berdedikasi untuk memastikan pengunjung berasa yakin dan berpuas hati dengan pengalaman mereka.

Sumber : TikTok, Bangkok Post

Sumber: Bangkok Posr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.