in

Pelancong China Puji Jurujual Di Pavilion KL Sebab Tak ‘Judge’ Pemakaian

Layanan Pavilion Pelancong China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dengar orang berpesan jangan menilai seseorang itu hanya pada luaran, pun begitu masih ramai yang mendefiniskan seseorang itu mengikut apa yang mereka nampak sahaja.

Baru-baru ini, seorang pelancong dari China kagum dengan keramahan jurujual di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.


Dalam sebuah laporan oleh China Press, pelancong tersebut difahamkan hanya memakai pakaian biasa (skirt dan kasut sneaker) dan tidak begitu fashionable namun dia masih dilayan sama seperti orang lain.

Wanita berkenaan sangat terkejut dengan layanan yang diberi dan memberitahu jika dia berpakaian sebegitu di sesetengah tempat lain malah di negaranya sendiri, mereka tidak akan dilayan dengan begitu ramah dan mesra.

“Jika anda membawa sesuatu beg, imej anda tidak akan kelihatan ‘hebat’, dan anda akan menjadi mangsa diskriminasi,” katanya.

Video berdurasi 30 saat itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji layanan yang diberikan oleh jurujual di pusat beli-belah ternama tempatan itu, setakat artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat hampir 20K tontonan di YouTube.

Banggalah jadi orang Malaysia!

Baca: Tokti Selesa Bertutur ‘English’ Di Luar Negara, Kerap Kena ‘Judge’ Kalau Cakap Dengan Orang Kita

Ft Tokti Bahasa Inggeris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.