Sejak akhir-akhir ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman sering menjadi mendapat perhatian kerana dilihat kerap mengenakan hiasan barang kemas yang ‘sarat’ hingga mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Antara yang terbaru ialah apabila usahawan ini dilihat memakai cincin besar yang kebanyakan tersalah angggap ia sebagai brooch (kerongsang).
Tidak melatah dengan pertanyaan dan tanggapan netizen, usahawan ini berkata cincin yang dipakainya itu adalah cincin rekaannya dan bukan brooch yang seperti dikatakan netizen, lapor Kosmo.
Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia. Orang lain tak pakai.
“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar.” katanya.
Menjelaskan hal tersebut juga di Instagram, Vida yang juga ibu kepada Cik B dan Kacak ini berkata, sebagai seorang peniaga emas tak salah kalau dia mengenakan barang kemas yang besar dan mahal kalau berkemampuan.
Kalau mampu, takkan nak pakai yang kecik-kecik kan… lagipun saya niaga emas. Pasni peseng piring Astro saya nak pakai.”
Bila ditanya tentang dirinya yang sering dikritik dengan kenyataan seperti ‘money can’t buy class’, Vida menjawab:
“Orang yang tak mampu memang lah cakap no class, cuba kalau mampu, macam mana? High class lah!”
Terdahulu, Vida pernah memuat naik sebuh video TikTok tentang dirinya yang masih solo sambil mempamerkan barang kemasnya, termasuklah cincin bersaiz besar.
Malah cincin itu juga boleh dilihat menerusi sebuah video terbarunya di IGTV ketika memberi pandangan mengenai persembahan Cik B dalam Muzikal Lawak Superstars baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/CMC2amCg4ga/
Apa-apapun admin harap Dato’ Vida gembira dengan kehidupannya kini. Cuma hati-hatilah bila pakai banyak barang kemas tu takut ada yang ada ‘memerhati’.